15 Các câu trả lời

Saya pun pilih untul no salt no sugar, berhajat nak kekal sehingga umur 2 tahun.. Tapi suami bising cakap nanti anak tak selera makan bla bla bla.. saya iyakan je lah sebab bukan dia yang masak pun 😪 tahu komplen je lebih.. Mil? Haha jangan cakap la..anak saya baru nak masuk 5 bulan dia dah calit air manis.. saya cakap janganla baby kecik lagi dengan nada yang sehabis lembut, dia menjawab alah buat rasa rasa je.. saya geram yang amat dah masa tu.. dia tu siapa? Beranakkan anak saya ke? Jaga saya masa pantang ke? Langsung takde jasa dia.. hantar saya ke hospital nak beranak pun pakai kereta saya.. konon nak rasa ada jasa la. Boleh la dia jaja kat orang dia jaga menantu dia. Padahal bukan jaga sangat pun. Hakikatnya suami saya boleh je drive. Masa tu saya dah sarat dan tak larat pun dia boleh heret saya jumpa sedara mara jauh dia lepastu jaja cerita saya merata.. saya dah cakap saya nak balik rehat kat rumah.. dia heret jugak pergi jumpa makcik mana tah 🥱 segala perbuatan dia tu semua menjengkelkan.. berani betul suap2 anak orang. Jadi apa-apa nak tolong jaga ke? Haram... nenek suami saya lagi dahsyat.. masa tu anak saya nak masuk 3 bulan, bulan puasa masa tu.. berbuka puasa kat rumah nenek suami.. anak meraung sebab overtired dah dia nak tidur tapi tidur terganggu orang duk gomol dia.. nenek suami saya ingat baby kena kacau dek hantu, dia calit garam dalam mulut baby saya. Ya Allah.. saya boleh kata saya hilang respect kat family suami saya. Sebelum mengandung ok.. selepas beranak saya macam kena pijak-pijak mungkin sebab baik dan menurut sangat. So saya nekad lepas ni saya nak tegas gila2 punya. Lagi2 anak dah masuk 6 bulan saya nak make sure takde siapa suap dia makanan yang bukan-bukan. Penat saya buat bubur elok-elok, mai manusia dari mana tah nak suap yang bukan-bukan. Memang saya akan sound depan muka. Dia ingat saya ni tak garang kot. Nak harapkan suami sound memang tak la. Dia tu taat kepada ibu. Haha.

You are not wrong, mommy 😊 Pengalaman saya dalam jayakan no salt /no sugar intake sampai 2y pun penuh dengan cabaran dan liku2 nya. Episod orang tua terasa hati, berkecil hati tu dah selalu dah. Tapi saya dan suami tak boleh nak buat apa, itu hak mereka untuk rasa macam tu. Yang penting saya dan suami tegur secara berhemah dan beradab. Alhamdulillah hasilnya both of our parents hormat kami as parents to our child. Walaupun anak saya dah 2y6m, mereka masih lagi tanya dan minta izin boleh ke anak makan itu ini. Anak saya till now tak pernah lagi makan jajan2, ice cream luar, processed food, semua saya masak sendiri. Apa yang saya boleh share, you and your husband kena unite, ada teamwork, ada mission & vision yang sama dalam parenting. Baru orang sekeliling akan respect dengan prinsip kita. Husband & wife kena backup each other. Yang paling penting jangan give up untuk tegur secara berhemah dan beradab. Biar lah seribu kali benda yang sama jugak jadi, seribu kali jugak la awak & suami kena keep tegur. Lepas tu hati kena kental, mental kena kuat, dan berlapang dada. InshaAllah you can do this 💪🌹

Most welcome. 🌹Saya fahamm sangat perasaan tu. Saya pun ada juga hari hilang sabar tapi saya vent out kat husband. He's my shoulder to lean on. Anak saya ada 2 orang sepupu yang sebaya dengan dia. Sorang pun tak pernah persoalkan parents diorang kenapa bagi anak makan coklat, ice cream, keropok, jajan2. Tapi bila anak saya, semua persoalkan kenapa tak bagi anak makan keropok, jajan2, candies, tu semua. Kesian dia asyik makan sayur, buah. Saya & husband pun macam ............. 😅 Kalau nak cerita kisah saya pun panjang dan banyak lagi.😁 Cuma tulah just don't give up mommy. InshaAllah dalam kita berusaha, santuni orang tua, dan bersabar akan diberikan ganjaran.

its ok, teruskan limitkan salt sugar intake tu.. abaikan suara2 org lain. bab allergy tu, kalau kesan tak teruk, every week bagi sikittt je, tp kalau bg sikit pun rashes teruk jarak lama la. tp kena constant exposure.. anak sy allergy dairy jgk tp tk teruk, dia ok dgn dairy 1y6m. telur allegy jgk tp 1y2m dh ok. bab mak mentua tknak ckp tu, apa nk buat kan dia mak, minta maaf je, ws personal "mak sy minta maaf, sy silap ternaik suara kasar dgn mak haritu." pastu explain je "anak alahan makanan dia teruk lagi, tak padan bagi rasa sikit tp kesan teruk. nanti anak ok mak bagi la ye makanan sihat." takpe awak walaupun kita buat mcm tu sbb mak yg silap kat kita tp tk perlu kita mention pun.

ni cerita kakak sy, masa baby baru lahir dlm 3w gitu, kan dalam pantang kan mak sy strict jaga takleh keluar rumah tkleh berhias tkleh itu ini, ptg tu nak jumpa ustaz nk tahnik baby, ayah sy bagi je tp mak tak bagi, tp pergi jgk sbb masa tu ke ustaz tu ada, akak keluar dgn suami la kan. mak kata nak gi jgk gi lah. pastu balik rumah semula mmg mak tk usik langsung baby tak cakap langsung dgn kami.. akak dgn abang balik rumah family abang, cerita apa jd kat family sana.. ayah abang suruh balik jumpa dgn mak minta maaf elok2, tak boleh biar mak terasa hati tak senang hidup nanti. mmg boleh je lantak la mak tknak ckp ke apa kita ada rumah sdri kan, tp ayah abang kata kita islam, jangan buat..

Baby dah setahun boleh perkenalkan dgn garam gula dah sebab ginjal baby dah berkembang sepenuhnya. Kalau saya lepas baby masuk setahun, saya bagi je dia makan apa saya masak. Kalau saya masak sup ayam, sup ayam tulah saya suap dia makan hehe. Sebab taknak anak jadi picky eater. Sebab kalau dia dah suka rasa dan tekstur tu, kemungkinan susah dia nak terima makanan lain nanti. Btw sis bagi anak susu apa? Susu formula pun ada kandungan gula yg tinggi.

org tua2 ni sis, klau boleh kita ye kan je dia ckp .. dgr boleh buat jgn klau rasa x sesuai utk anak .. demi menjaga kewarasan mental kita juga .. sy x kena dgn mak mertua sbb dah xde, tp sy kena dgn kak ipar .. dia kata ko ni terlalu kawal diet anak ko, budak ni klau nak sakit, sakit jugak walaupun lifestyle dia sehat .. sy xboleh brain betul dia ckp mcm tu .. last2 sy mengalah je, ye kan je ape dia ckp .. tp jgn ikutt sgt

Yg penting suami paham. Org lain kesahkan je. Saya dulu asyik jaga perasaan org lain smpai nak naik giler rasanya. Gaduh besar ngan suami. Last2 suami kata, awak xpayah kisah mulut org lain, awak kan hidup ngan saya. So mmg saya xendah dah in laws nk kata apa.. tp yg penting sis bg suami paham dulu. Hormat in laws tp dorang pon kna hormat you jugak. Jaga family masing2 kan, hal dorang bukan you boleh masuk cmpur jugak.

Tak salah pun awak. Makesure husband faham kenapa no salt no sugar untuk umur macam ni. Saya dulu pun selalu kena. Tapi saya jenis diam, kitonya sensitive. Mertua pulak jenis cakap lepas, gurau kasar. So kalau ada apa apa, husband saya memang tembak je, dia je faham mak ayah dia macam mana. Kadang nampak macam bergaduh berlawan mulut, tapi diorang okay je sebenarnya. 😅

Allergy ni bukan sbb kita tak bg pendedahan tp sbb imun badan. Sis, sy dulu kecik2 allergic tak teruk pun mkn je semua benda tapi bila dah besar mcm2 plak tak bleh nak mkn. Seafood kena betul2 fresh bersih kalau tak sesak nafas bengkak badan, bukan sbb food poisoning ke apa tp sbb mmg allergy. Allergy ni boleh onset bila2 je tak kira tua muda.

Suami pon kena main peranan bukannya diam tak kata apa bila mak diaa nak suap ank . . Anak saya ni haritu umur baru sebulan dh bagi air masak allah tak tau nak cakap ap dah . . Cakap takut terasa . . Ermm ni anak dah nak masuk 6 bulan entahla rasa susah hati jaa kalau dgn mak mentua mcm ni . .

Biar je orang nak cakap apa, sebab nanti anak sakit anak kene warded kita sendiri yang siang malam pagi petang kene jaga anak tu😌 saya dah alami tau, org cium anak saya sampai anak saya kene warded skrg ni ada ke yang duk cium tu nk tolong hulur duit bill hospital HARAM JADAH😒

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan