Saya dah call banyak kali klinik kesihatan kwsn saya. Ada yg sy baru cakap hello dia letak. Waktu lain dia kata nurse kawasan sy keluar melawat ibu dekat rumah, sia suruh call petang. Bila call petang dia tak balik lagi. Lepas tu katanya esok nurse tu call sy. Dah 2 minggu mcm ni. Masalahnya sy dengar nurse tu berbual sesama sendiri:
Nurse 1: Budak yg minggu lepas tu call lagi sekali.
Nurse 2: Awal lagi baru 7 minggu nak bukak buku pink.
Biasanya org bukak buku pink masa 8 minggu kan? Sy minggu depan masuk kerja, kalau time off lebih 2 jam dikira sbg half day. Kenapa tak boleh bukak awal seminggu? Susahnya lah. Husband kata kalau mcm tu bukak je buku pink lambat sikit, 10w ke 12w ke.
Tapi tak ada masalah ke kalau sy tak makan ubat2 mengandung obimin calcium etc tu skrg? Tak apa ke klau 12w baru sy start makan?
#SeriusTanya #ingintahu
nick