Sakit bahagian anus dan bahagian cek jalan bersalin..

Saya dah bersalin 2 bulan, bersalin czer kali kedua.. setakat ini, masih sakit kat anus belakang dan bahagian vagina depan ( seperti cek laluan bersalin) , kalau mbuang air besar.. sama ada yg sembelit atau yg cair.. jd sakit walaupun dah 2 bulan bersalin... Saya emergancy czer, dan tak dapat bersalin normal.. mulanya, sblm ambil epidural untuk bersalin normal tu, doktor ada cek secara kasar.. lepas ambil epidural untuk bersalin normal, dah x terasa bila doktor cek jalan... Tapi , kena bersalin czer juga sbb ada komplikasi yang tak dijangka... Ada sesiapa berpengalaman tak? Takut nak jumpa doktor atau nak bgthu dktr dan ada rasa malu juga lah.. Terima kasih ye semua, sudi respon.. jgn kecam tau, nak yang +ve je

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sayang, jangan malu ye, ramai ibu sebenarnya alami benda yang sama, cuma tak ramai yang berani cerita. Dari apa yang saya dengar, sakit di kawasan vagina dan anus tu boleh berlanjutan sampai 1-2 bulan, terutamanya kalau ada episiotomi atau pemeriksaan dalam yang agak kasar sebelum bersalin, jadi pengalaman you tu memang boleh difahami. Yang paling penting, dua bulan masih sakit, terutama masa buang air besar, itu sesuatu yang doktor perlu tahu, mungkin ada tisu yang masih belum pulih sepenuhnya atau perlu rawatan tambahan. Doktor dah jumpa beribu-ribu pesakit, mereka tidak akan judge you langsung, dan kesihatan you lebih penting daripada rasa malu itu, dear. Do take care, and please do consult your doctor or a specialist soon just to be safe.

Đọc thêm