Bacaan MGTT
Saya baru minum air gula tadi and nurse dah call saya maklumkan bacaan saya failed. Bacaan masa puasa saya 5.2. Saya tanya nurse yang normal berapa nurse kata tak boleh lebih 5.1. Saya punya Bacaan selepas minum air gula ok. Cuma Sangkut masa puasa. Masa mengandung anak pertama pun saya sangkut bacaan masa puasa iaitu 5.4 and masa tu nurse kata tak boleh lebih 5.3. Saya pelik mana satu bacaan normal yang betul. Ada ibu ibu yang ada pengalaman tak?