Puasa Dan Kehamilan

Saya baru balik berjumpa doktor (Pakar). Dan minta nasihat doktor berkenaan wanita hamil berpuasa. Ini apa yang doktor beritahu. Ibu hamil tiada masalah meneruskan puasa jika tiada apa2 masalah dan larat berpuasa. Tapi,jika ibu tidak larat jangan paksa diri. Boleh berbuka awal. Selagi ibu hamil tidak mengalami cirit birit yg teruk,muntah2 yg berterusan, dehydrated masih boleh puasa lagi. Tak perlu risau,jika ada simptom2 seperti yg di sebutkan di bolehkan tidak berpuasa. Jgn risau sebab di tubuh ibu ada storage emergency, nutrient untuk baby. Apa yg penting,sahur & berbuka di sarankn mengambil makanan berkhasiat. Jika ada top up supplement itu terbaik. Jika tidak pun amalkn pemakanan sihat, superfood sunnah food. Vitamin yg doktor or nurse beri ambil juga klu boleh jgn skip. Lg 1,Ada ibu2 hamil yg xboleh nk consume vitamin yg klinik beri sbb tak tahan muntah. Cara yg doktor suggest,lepas mkn(berbuka) terus ambil. Sbb dlm vitamin yg nurse or doktor beri ada asid sbb itu ibu2 rasa loya muntah. So bila lps mkn terus telan,perut dh tak rasa meragam spt loya. Punca loya nk muntah sbb asid dlm vitamin bertembung dgn asid perut. Atau boleh dptkn khidmat nasihat doktor jika masih belum boleh consume vitamin yg di beri. Mungkin boleh tukar ke vitamin lain. Ada juga ibu hamil yg hanya boleh telan acid folic je dari awal kehamilan sehingga ke akhir kehamilan. Setakat ini perkongsian saya,now pregnant 15weeks. Seperti yg sy beritahu tadi tiada masalah ibu hamil untuk berpuasa,jika tiada masalah kesihatan dan larat tapi jangan paksa diri. Jika keadaan tidak mengizinkn kesihatan tidak baik,muntah teruk,cirit birit teruk, gastrik yg mmg tak boleh perut kosong boleh tidak berpuasa. So our body,kita lebih faham bukan. So hear your body. Larat puasa,tak larat jgn paksa. Jgn sampai dah gigil2 badan tahan lapar,rasa nak pengsan pitam still puasa lagi. Jangan ye ibu2 jgn mudaratkn diri sendiri. Take care all mommies ❤️

 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời