Loya dan Pening
hi, saya baru 7weeks. saya punya loya tu memang tak boleh bawak bincang. huhu. saya tak boleh nak menumis lagi2 bawang2 tu, kalau tengok pun rasa loya apatah lagi nak masak. sedangkan bau orang masak pun saya dah pening loya, saya kesian kan suami saya sebab saya nak masak tapi tak boleh. lagi pulak baru fist pregnancy, memang tak ada pengalaman langsung. ada ke mommies kat luar sana macam saya? huhu. nak makan nasi pun tak lalu, rasa nak makan yang fast food je macam mcd, makanan korea tu. saya cuba kawal pemakanan tapi selalu tersasar je. perut pun selalu masuk angin sebab bila loya tak boleh nak makan memang saya tak makan. sekarang tengah cuba untuk minum susu, at least takde lah perut masuk angin.. #1stimemom #pleasehelp