Macamana Rasa Contraction Nak Bersalin?

Hi salam, sy first time mommy , skrg ni sy baru masuk 36 minggu 1 hari , 5 hari lepas baru scan dgn doctor dan doctor cakap baby tak engage lg masuk dalam laluan pelvic . Cumanya, sy nak tanya macamana saya nak tahu yg dah sampai masa saya nak bersalin ? Rasa contraction nak bersalin tu mcmana yea ? #ingintahu

4 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sy first mom. Dah bersalin secara normal hujung bulan 3, tahun ni (39minggu 3hari). Sebelum bersalin, sy macam sis juga tertanya tanya macam mana la rasa contraction tu 😅 Pengalaman sy, sejam sebelum subuh ada turun tanda iaitu darah. Pergi check hospital baru 1cm 😅 so balik la rumah semula. Masuk tengahari baru ada rasa sakit contraction. Betul la orang cakap rasa macam sakit sengugut tapi sakit yg boleh tahan. Sakit contraction tu datang dalam a few second or seminit je, kemudian hilang. Macam sy setiap 5 minit akan datang lagi rasa sakit tu. Pukul 6petang sy pergi semula ke hospital, bukaan dah 4cm, kena admit ward. Rasa contraction masih sama macam tengahari. Sekitar 10malam, doc check, bukaan masih sama. Tak sampai sejam, air ketuban pecah. Mula dari sini, rasa sakit contraction tu makin bertambah. Masuk bukaan ke 7 ke atas memang sakit yg teramat..bukan rasa sakit sengugut dah..huhu Tapi kalu sis turun tanda air ketuban pecah, yg ni kena pergi hospital dengan segera sebab air ketuban dah tak ada, baby akan distress & baby kurang oksigen. #sekadarberkongsipengalaman #harapmembantu

Đọc thêm

contraction tu perut mengeras ..mcm mna nk tw mengeras ,keras perut tu mcm keras dahi .. bkn pipi .. perut mengeras setiap 10 mnit sekali .. makin kerap mengeras dan trend masa makin pendek ..makin brtmbah bukaan servicks .. sakit dia mcm sengugut mula² lepas 4cm tangkap urat blkng bdan .. atas 6cm mcm malaikat maut kt sblh .. #firstmom

Đọc thêm

Macam saya turun tanda lendir putih pastu start sakit macam senggugut tu tapi dalam 5x ganda sakit dia dalam 5 minit skali pastu makin kerap lagi kerap lagi tambah sakit senggugut tu

selalunya akn turun bloody show dan pecah ketuban. baru contraction akn berlaku. active labor (contraction sbnr) akn berlaku if bukaan serviks dh 4cm keatas.