Salam semua..
Saya baru saja bersalin secara caesar februari lepas, dan saya takde rezeki nak susukan anak. Susu mmg kurang sangat, walaupun dah makan mcm-mcm booster dan mengurut. Tukang urut kata badan saya ni banyak urat yg problem, terutamanya urat susu.
Saya terpaksa bagi anak susu formula sbb anak lapar + kuning. Tapi saya sedih sbb ramai yg paksa saya kasi susu badan, dan salahkan saya sbb susu takde. Saya sampai rasa malu bila nak bgtahu orang yg baby minum susu formula. Saya sendiri dah terlalu sedih sbb tak dapat kasi susu pada anak. Tapi orang lain tak support langsung, mcm seolah-olah saya yg taknak kasi susu. Saya sangat stress, saya rasa mcm dah gagal jadi mak.
Mcm mana nak atasi perasaan ni? Apa yg patut saya buat? Salah ke kasi susu formula?
#firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing #ingintahu