Hi. Saya baru bersalin 6/12. Anak saya kurang gerak. Induce pada genap 39w. Anak first juga. Pregnancy yg saya tak rancang. Masa bersalin doktor dok ulang2 ayat ‘dia nie tak pandai meneran’ waktu saya tengah kerah tenaga nak push. Saya bersalin normal tetap kaedah vakum. Baby saya fetal distress pada bukaan 10cm, dah berak and dikejarkan ke NICU. Saya rasa saya dah jadi mak yg gagal.
Dpd pukul 8pm masuk LB, pukul 4am baru saya ditolak keluar dpd LB masuk wad, nurse tolak naik trolley bukan wheelchair mcm org lain, tangan saya berdrip. Nurse LB pesan rehat la 1 jam nanti baru bangun ke toilet tukar pad and bersihkan diri.
Pukul 4.30am ada nurse wad datang tanya dah tukar pad belum and perli saya setakat bersalin normal apa la sangat nak compare orang yg 2x czer. Dia kata saya nie tak prepare mental & fizikal. Dia kata buat apa dalam LB lama lama, tidur je bukan berlari pun. Lol bayangkan depan patient lain saya kena condemn. Koyak ooo, tapi saya diam je. Pukul 8am saya nak lelapkan mata, saya kena kejut dgn nurse lain. Katanya jangan asyik nak baring aje, kena duduk kena nampak aktif baru boleh discharge. Tapi doktor yg datang check saya kata saya takboleh discharge hari yg sama sebab saya bersalin vakum and perlu dipantau. Anak saya dalam inkubator. Sana sini riuh dalam wad ‘patient katil 21 balik esok, anak duduk dalam box’. Nurse yg perli saya tu? Tak mampu nak bertentang mata. Tapi ada je nurse lain yg baik, yg support emosi saya.
Saya cakap dgn husband cukup la nie 1 je anak. Saya tak ready mental. Tambah pulak saya ada depression & anxiety. Nurse LB alhamdulillah ok. Nurse wad macam gampang.
Anak discharge NICU, kerap nangis lak. Direct feed taknak, dia dah biasa fast pace minum pakai cup. Arghhhh lagi saya tension. Dia nangis taknak saya direct 40 hari. Org lain dia nak, saya dia taknak. Kalu saya dekat je, meraung melalak taknak saya. Fuhhhh sampai la saya berubat. Baru elok.
Walaupun pengalaman kita berbeza tapi saya sesungguhnya faham perasaan tak ready tu. Perasaan keliru. Kadang rasa kalau aku prepare dpd awal, mesti semua smooth. Sampai tahap saya cakap direct dgn doktor masa jahit ‘saya nie mak yg gagal, first day dah failed. Bodoh tak pandai teran, anak kena masuk NICU’
Anonymous