Hi salam semua, nak minta pendapat. Bayi saya berusia 3 1/2 bulan, beberapa hari ni dia sangat2 kurang menyusu. Sebelum ni dia bottle feed(susu badan) 3.5-4oz setiap 3@4jam.
Sekarang nak minum 1oz pun susah sangat & gap menyusu terlampau lama. Saya cuba offer directfeeding, tapi minum sekejap je. Kadang tak sampai 10min. Bagi botol, sikit je minum lepastu main2 puting tu. Kenapa ya?? Ada yg kata ni fasa normal, tapi saya risau takut anak dehydrated 🥲 byk kali sy offer susu pd dia 😭
Dah cuba tukar puting botol, dah check lidah pun takda masalah, nak kata tumbuh gigi tu pun bukan.
Setakat ni sy tgok dia masih aktif. Cuma sy first time mommy, sgt risaukan perkembangan dia. Ada yg pernah lalui fasa macamni tak? 😞 boleh share tak apa perlu sy buat utk dia kembali menyusu mcm normal..