Minta semangat Dan keuatan

Salam semua ibu2, Sy nak tumpang luah perasaan. Ma Sy mmg dah mmg tak ambil tahu sgt sebab dah berkahwin kan, sebelum ni xla rapat sgt. Sejak akhir-akhir ni suami selalu ckp perkara-perkara yang buat emosi Sy down. Contoh Sy tengah menahan sakit Gigi, lepas bersalin baru nak settle Gigi ni. Tapi suami akan ckp sakit sebab dosa byk sgt. Sy tahu sakit tu penghapus dosa,tapi perlu ke nak buat saya rasa mcmtu. Sy dah 37 weeks 4 hari harini. Memang nak jalan je sebab nk cepat bersalin, tapi bila Sy berehat sikit je ada yg tak kena. Sy kena serah diri 30hb ni czer. Kalau boleh pun nak masuk hospital awal, xlarat dh nk tahan emosi mcm ni. Ibu2 boleh bg semangat sikit,Sy nak luah pun tak tahu dengan siapa, utk pengetahuan Sy duduk dgn FIL+MIL. Jadi fhm sndri la byk kena beralah,kdg2 luah dkt suami kita dikatakan toxic, kita yg bawa busuk dlm kluarga ni. Allahu, Sy betul2 tak SBR nk msuk hospital sebb Sy nak berehat tak nak ingt semua ni.

12 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Faham sangat perasaan awak yg duduk dgn mertua. saya pernah mengalaminya,disebabkan stress dan terlampau penat,akhirnya saya keguguran kandungan ke 3 saya. dalam saya kena berpantang,sbb keguguran,bayangkan mertua saya suruh juga saya jaga dia. sedangkan anak² perempuan dia ramai yg tak bekerja,tapi asik lah cakap sibuk. sedangkan anak² diaorg semua dah besar² kalau nak dibandingkan dgn anak saya yg kecil². masa saya keguguran tu,kat hospital sorang² semua call tanya itu ini. saya rasa mereka semua rasa bersalah bila saya keguguran. dah tu ingatkan faham,upenya nak suh kita jaga mak dia di saat kita dlm pantang! sungguh,saya emosi sangat. mak mertua saya perlu penjagaan penuh 100%. 1 hari nak makan 4 kali,kena masak menu berlainan selama 4 kali sehari. dah tu mesti nak makanan berat. bila kita tanya nak makan ape,dia cakap tak tau. bila kita dah masak ikut menu kita,dia tak nak makan. dah kena masak lain. 1 hari berapa menu sy nak kena masak? itu belum lagi untuk anak² dan suami. Saya apa² masalah semua saya luah kat suami. Alhamdulillah,suami dengar dan memahami. Bila suami tak kerja,terkadang saya masak 1 hari sekali je. yg lain suami beli luar. suami selalu pesan suruh saya sabar layan kerenah org tua,tapi terkadang saya tengok suami pun mcm tak sabar dah nak layan kerenah mak dia sendiri. Bukan sebab makan je,mertua saya tu sakit dan tak boleh berjalan,tapi mulut dia pada² sihat bercerita keburukan anak sendri dan menantu. setiap kali anak² yg lain call,point dia mmg cerita buruk kami. dia cakap suami saya(anak dia lah),kedekut. padahal perbelanjaan dlm rumah,bil² semua suami sy yg bayar dan beli. Alhamdulillah bab tanggungjawab tu semua suami tak penah culas. keperluan rumah,anak dan isteri semua cukup. setiap bulan dia beri mak dia duit. bila hari cuti,suami yg urus mak dia. tu pun mak dia masih tak nampak. kalau anak pun dia buruk² kan,apa lagi menantu? yg paling buat saya marah sangat,bila dia suka banding²kan anak sulung saya dgn anak ke dua. anak sulung saya kulit cerah,ikut saya. anak ke dua kulit gelap siket. tak la gelap hitam,mcm kuning2 langsat gitu. satu hari tu,saya tengah mandi. tibe² anak ke dua saya dtg depan pintu bilik air menangis. saya tanya dia kenapa. anak saya jawab dgn emosi "mulut nenek tu jahatlah,asik kata adik hitam je!". rasa nak runtuh jantung saya anak seumur 3 tahun boleh cakap mcm tu 😭. menangis saya peluk anak saya tu. saya tenangkan dia. saya cakap dgn dia,"sahabat nabi Muhammad pun berkulit gelap,tapi dapat masuk syurga Allah sebab akhlak dia. bukan sebab kulit dia. lagipun dulu mama masa kecik pun hitam. bila dah besar,jadi putih" tulah ayat saya setiap kali saya nak pujuk anak saya. tahu tak,perbuatan mertua mulut jahat ni dah buat anak saya iri hati dgn adik beradik sendiri. saya benci perbuatan mulut dia tu. Lagi dia cakap,nenek saya umur dah 80 tahun tapi tak mati lagi,tu bela sakalah tu. Astaghfirullah..sampai ke situ pemikiran dia. sedangkan umur mertua juga dah tua. sekarang dah 75 tahun. sebenarnya banyak lah nak cerita. tu belum lagi dia cakap saya anak sial. sedangkan org tua saya tak pernah cakap saya mcm tu. saat saya kecewa,sedih,saya bawak nama dia dalam sujud terakhir saya setiap hari. saya serahkan segalanya untuk Allah aturkan. ternyata perancangan Allah adalah yg terbaik. sekarang mertua sy ddk dgn anak perempuan dia. sekarang baru anak perempuan dia rasa,stress dan penat setiap hari. saya lepas kawen mmg tak duduk dgn mil/parents saya. suami cari rumah sewa dari sebelum kami kawen. tapi rumah tu masih ada penyewa yg bakal berpindah. dua bulan kami kawen baru pindah masuk rumah tu,sbb penyewa lama pindah. 5 tahun kami hidup berdikari sendiri,tibe² mertua merayu mintak kami pindah ddk dgn dia. saya tak sampai hati tengok anak² semua tak nak jaga dia. jadi sy setuju bila suami utarakan pendapat mertua tu. suami tak paksa kalau sy tak nak pindah,sbb suami cakap dia mmg akan perlukan bantuan sy untuk jaga mak dia bila dia kerja. sis,berdoa setiap hari dgn bersungguh². doa ibu hamil tidak berhijap. boleh tembus sampai langit ke 7. mintalah yg baik² ye. kalau boleh,pindah dan cari rumah lain. saya doakan awak terus kuat,sabar dan tabah melalui ujian ini. jaga diri ye sis demi anak yg berada dlm kandungan 🥰

Đọc thêm
3y trước

kuatnya sis, semoga Sy sekuat Dan setabah sis. jadi ibu yg terbaik untuk anak-anak Dan isteri terbaik untuk suami❤️

i really know how you felt. my husband pun ckp bgtu 😌 bila sy sakit, husbnd cuma ckp 'perasaan kau sja tu', biarpun sy bgtau yg mcm ad dgr² suara halus, but its useless, because dia cuma ckp 'mainan perasaan sja'. i cant do anything, sbb tinggal dgn mntua. so snyap sjalh and yg lagi sakit dri tu, dia bole layan prmpuan lain 😌 its really hurt, but at the same time, sy brsyukur sbb tuhan tunjukkn siapa sbnrny husbnd sy.

Đọc thêm
Thành viên VIP

In Sha Allah, semoga Allah SWT memberikan kekuatan untuk sis overcome masalah sis. tapi nasihat jangan pendam dalam hati lgi sis dah nak bersalin. sis boleh bagithu doktor sis yang sis stress so depa akan arrange counselor. Takut kita pendam2 nanti boleh jadi lagi truk. kalau boleh elakkan berpantang di rumah mertua. Kekuatan mental kita sangat penting untuk kita Dan anak masa kita berpantang

Đọc thêm
3y trước

tk sis kena beranikan diri untuk bagithu doktor. Saya dapat depression yang teruk msa preggy anak pertama dan hampir meroyan selepas bersalin. Tapi Alhamdulillah nasib baik, saya berpantang di rumah ibu saya. jdi keluarga saya memang bagi support yang tinggi. saya ingat satu je kata2 mak saya. Suami, kalau jadi apa2 kat kita, senang je depa cari yang lain. Jadi fikirkanlah nasib anak kita. so saya pegang kuat dgn kata2 tu. second preggy ni saya dah awal2 inform doctor yang saya memang under depression. jadi doktor dpatkan saya temujanji kaunselor. kaunselor juga akan panggil suami dan akan kaunseling suami kalau perlu.

Influencer của TAP

Salam mommy. Allahuakbar moga kuat ya mommy. Ibu hamil tak elok stress boleh effect baby. Moga dipermudahkan urusan bersalin. Frankly speaking, bila dah berkahwin agak sukar bila nak duduk rumah parents or in law mesti akan ada perasaan terasa tu. Moga diberikan rezeki utk mommy dan keluarga kecil duduk rumah sendiri ya.

Đọc thêm
3y trước

aminn yra tq sis atas doanya, semoga berbalik doa baik2 juga buat mommy.❤️

puan jgn terlampau stress ia akn mengganggu kandungan puan..sy saran kan puan byk kan berzikir,berdoa agar suami lembut hati@puan pulang ke rumah family puan..msa mengandung,dlm pantang emosi btl2 kna jaga..biar le mertua,suami nk kata apa pn,skrg puan pikirkan ank saja..ank adalah nyawa kita sbg seorg ibu

Đọc thêm
Thành viên VIP

Maaf sgt2 mungkin sy tak memahami sbb sy tak hadap yang sis hadap 🥺 tp sy cuma boleh doakan semoga urusan sis dimudahkan, bahagia dunia akhirat ❤️ terus kuat yaaa 💪🏻 doa ibu mengandung ni Allah makbulkan ❤️

3y trước

aminn semoga doa baik2 juga berbalik buat sis❤️

Bila melibatkan orang tua nie memang begitulah, lagi mertua kan. Saya doakan Allah permudahkan urusan awak untuk akan datang. Inshaa Allah ada pelangi akan tiba untuk awk nanti. 💪❤️

3y trước

terima kasih sis,semoga yg baik2 juga buat mommy

Minta pertolongan dri Allah , bykkan berdiam diri dripd berkata. Semoga allah bantu sis dan baby . Semoga dipermudahkan segala urusannya ya.

Tetap kuat sis ❤️ moga dipermudahkan semua byk byk berdoa ya jangan byk khuatir Tuhan mpermudahkan semua proses bersalin sis

3y trước

aminn yra semoga yg baik2 juga berbalik buat mommy ❤️

semoga dipermudahkan urusan ya... bangak2 bersabar... saya doakan semoga sis kuat 🌹❤️... jgn stress2...

3y trước

terima kasih atas doanya❤️