Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang

Salam Sejahtera Ahli TAP, Seperti yang kita sedia tahu, wanita hamil wajib melalukan ujian air gula semasa hamil. Jika anda mempunyai sejarah kencing manis atau ibu bapa yang ada masalah ini anda haruslah membuat ujian ini sebanyak 2 kali sepanjang tempoh kehamilan. Pernah tak anda terfikir seperti, “Eh saya tak pernah ada kencing manis, kenapa tiba-tiba sewaktu hamil ada? “, apakah tanda-tanda awal kencing manis semasa hamil? Apakah punca berlakunya kencing manis? Bolehkah kita elakkan dari terkena kencing manis semasa hamil? Jika terkena kencing manis, apakah makanan untuk orang kencing manis? Bolehkah wanita mengandung diet untuk elakkan kencing manis? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang pengawalan kencing manis semasa hamil dan pemakanan yang boleh di amalkan bersama saya Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Consultant Obstetrics & Gynaecology, Pantai Hospital Klang pada 24 November 2022, hari Jumaat. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Mohamad Faisol Bin Mihat, Pantai Hospital Klang
26 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Assalamualaikum..Doctor saya mengandung dah 17 minggu..saya sekarang ni kena cucuk insulin sebelum Makan Malam Dan sebelum tidur Dan Makan ubat Metformin selepas Sarapan Dan selepas Makan Malam..saya nak Tanya jika saya tak Makan ubat Metformin Dan hanya cucuk insulin sahaja bahaya tak untuk kandungan sebab keadaan kewangan saya tak stabil kadang saya Makan tak menentu..saya risau sebab Cara pemakanan saya tak menentu boleh menyebabkan saya hypo jika Makan metformin.. selalu saya Sarapan pagi lewat pkul 11 pagi baru makan Dan tengah Hari saya tak Makan sampai petang baru makan kadang2 lajak Malam baru makan dlm pkul 9 malam..saya tau masa pemakanan saya tak betul Dan kadang2 risau dengar keadaan baby tapi apakan daya saya cuma mampu bersabar Dan berharap kandungan saya baik2 saja..

Đọc thêm
Thành viên VIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr. berikut soalan saya : 1) mengapa kini ibu hamil yang tiada faktor risiko kencing manis perlu turut minum air gula / melakukan ujian darah MGTT ? 2) adakah diet ibu hamil yang menghidap GDM sama dengan diet pesakit diabetes yang lain? 3) selain perlu mengawal pengambilan gula dan karbohidrat (jika salah,mohon Dr perbetul),apakah lagi yang perlu ibu hamil dengan GDM elak/kurangkan pengambilan? terima kasih Dr

Đọc thêm
2y trước

Jawapan: Waalaikumussalam wbt Puan Farhana 1. Jika puan berumur 25 tahun dan ketas tanpa ada risiko, puan akan menjalani ujian MGTT sekali pada 24-28 minggu kandungan 2. Secara umum ya. Diet yang disarankan ialah berdasarkan kandungan pengambilan kalori seharian mengikut berat badan ibu mengandung 3. Kurangkan makanan yang berminyak , rendah lemak dan garam

sy kawal gula dr awal pregnant tp tetap kena minum air gula 2x dg alasan umur dah 35 dan jarak kehamilan kali ni 10 thn, tp bila jaga pemakanan pun docter tetap ckp uri x berapa sihat sbb apa yg ibu mkn, zat tu kurang disalurkan utk baby sbb check 36w baby baru 2.2kg je, sebab2 lain kenapa ya docter

2y trước

Jawapan: Puan mengalami keadaan bayi kecil didalam kandungan. Puan boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Hi Doc. Saya Gdm masa minum air gula yang kedua kali. Then nurse minta buat bsp. Sampai satu tahap haritu sampai saya kena ambil ubat kencing manis. Boleh tahu tak apa keburukan kalau kita skip ubat kencing manis utk beberapa hari?

2y trước

Hi Puan. Selamat petang. Apabila BSP puan tidak mencapai paras optimum melalui penjagaan pemakanan dan bersenam, puan perlu mengambil pil ( metformin ) untuk menurunkan paras gula puan. Ini untuk memastikan bayi tidak mendapat gula berlebihan dan mengalami komplikasi. Saya sarankan puan teruskan mengamalkan pemakanan yang sihat , rendah karbohidrat & manis serta cuba untuk bersenam 20-30 minit sehari bagi memastikan Puan & bayi dalam keadaan sihat.

Assalamualaikum doc, sy skrg mengandung 31minggu.. berat skrng 86 tapii perut sy x npk sgt mcm mengandung 7bulan.. kenapa ya doc? adakan sb sy jenis berbadan besar? sy mengandung anak sulung setelah 13tahun ttc 🥰

Hai saya nak tnya saya 3 bulan lebih tk period baru2 ini saya ada prsaan tompokan darah dlm putihan dan keluar kputihan darah spti period tapi bukan..saya g klinik scan doktor kata dinding rahim tebal adakah saya pregnat

2y trước

Baru2 ini saya test -tive terima kasih doktor

saya ada tinggi gula adakah sangat berisiko untuk gugur.... sebab sya pernah gugur 2 kali tp msa tu sya belum ada kencing manis.. sebagai seorang ibu sya sangat2 risau sebab lama dh inginkan bby lagi...

Dr, saya hamil 1st trimester. Skrg saya tak lalu nak minum air kosong. Kalau minum air kosong je jadi mual. Boleh ke kalau setiap kali minum air saya campurkan dgn sedikit kordial seperti ribena atau sunquick?

2y trước

Jawapan: Boleh, tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk hilangkan rasa mual. Saya sarankan puan boleh amalkan jus buah-buahan segar atau air sejuk dengan campuran lemon dan pudina tanpa gula.

GDM utk ibu hamil ni ada peringkat/kategori macam diabetes biasa ke doc? Jika ada, apa perbezaan rawatan utk setiap kategori sepanjang hamil, posibility utk pulih dari GDM, dan kesan pada kandungan?

2y trước

Jawapan: 1. GDM ialah carbohydrate intolerance yang di kesan semasa mengandung melalui ujian yang dijalankan. Ia tidak ada kategori/peringkat. Rawatan utama GDM ialah memastikan paras gula ibu adalah optimum dan pada masa yang sama memastikan tumbesaran bayi adalah baik. Rawatan GDM ialah penjagaan pemakanan dan bersenam diikuti ubat-ubatan ( pil dan insulin ) 2. GDM yang tidak terkawal boleh menyebabkan risiko kepada bayi . contohnya , bayi besar( macrosomia ) , air ketuban banyak( polyhdramnios ) , kedudukan bayi tidak normal ( abnormal lie ) , kelahiran pra matang ( premature labour) dan lain lain

sy nak tanya, kalau skrg dah sangkut GDM waktu pertama kali minum air gula, perlu minum untuk kali kedua ke?

2y trước

terima kasih doc di atas respon 😍🙏