waalaikumussalam mommy. second & third pregnancy sy kene inferon injection dan mmg betul lebam tu ambil masa yg sgt lama utk hilang sampai skrg baby nk masuk setahun pun mmg lebam blum hilang sepenuhnya TAPI nak taknak terpaksa sebab melibatkan nyawa kita dan baby. mommy jangan stress jangan runsing anggap la lebam tu tanda ingatan kita masa pregnant. terimbau kenangan pregnant sekejap masa mandi,masa bersiap kan. lama kelamaan akan pudar jugak. semoga dipermudahkan urusan mommy & baby 👶
saya pn kena mcm ne jg. hb 10.2 saja. doktor trus on suntik ubt 6hari. mmg penat ulang alik klinik tp nak xnak kena ambl jg. sbb kebanyakkan yg ckp skg kt hospital bnyk ibu lepas bersalin kena jangkitan kuman. pasal lebam tu plak mmg akn tnggl kesan lama tp kena jg hadap spaya lepas brsalin nnti sihat ibu & anak☺️ sy anak ke5 da tp kandungan skg ne yg kena mcm ne. kandungan sbelum xkena apa2🤣
buat sbb bby awak. awak nak bby selamat kan bersalin sempurna tanpa ada mslh kesihatan kn? jadi awak kena ikut ckp doktor. selain tu boleh mkn bayam or jambu batu nak naik kn hb. mntk husband arrange kn transportation. kalau x, boleh naik grab atau booking teksi utk 10hari pegi dn balik. lebam boleh hilang, jgn risau. yg penting bby dgn awk selamat, sempurna tanpa ada mslh kesihatan.
cari alternatif lain, kalau boleh naik grab amiklh grab.. kdg kita ni duit pun cukup mkn aje. awk amik ubt vitamin brand apa ye? cuba try minum obimin pluz sbelum g klinik.. beli d farmasi. obimin pluz ni agk tggi vitamin, zat besi, omega dll.. mgkin membantu.
saya pun hb low tp kk dkt sini tak suntik dia drip ubat cosmofer. Cuba Tanya kalau2 diorg ada choice Lain ke. dulu nurse ada ckp nak suntik juga tapi sebab dkt tmpat saya boleh drip, doc suruh drip jelah tak perlu suntik banyk kali.
sy pun tgh on infrom dan xde transport ,tp tawakal allah demi anak ..pggil grab slama on infrom ..alhamdulillah allah permudahkan sgala urusan ...semoga kita ibu2 nii kuat hadapi dugaan semasa mgndung ..amin
Saya dua tahun baru hilang inferon injection..xsakit mne pun inject tu..jgn takut..pk anak dalam perut supaya selamat belaka.. xsilap 3 atau 4 kali kne cucuk kt punggung
Mommy. You cuba la makan iberet atau maltofer. Makan semasa perut kosong better bangun pagi atau sebelum tidur untuk penyerapan lebih baik.