nak meluah..😔

Salam, saya 6w kalau g klinik kesihatan biasa diorg bg scan awal x? Nak g klinik swasta scan tp kami xmampu.. boleh ke kalau xscan awal tunggu 12w baru buka buku pink.. #apastepsayakenabuatsebenarnya? #firstmom

18 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam, untuk soalan anda mengenai keperluan untuk scan awal semasa hamil, di kebanyakan klinik kesihatan biasa, mereka biasanya akan melakukan scan awal antara 11-13 minggu, bergantung pada amalan setempat. Jika anda memilih untuk tunggu sehingga 12 minggu sebelum membuka buku pink, ia juga adalah satu pilihan yang boleh diterima. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor atau jururawat kesihatan untuk mendapatkan panduan yang tepat dan nasihat yang sesuai berdasarkan keperluan anda. Untuk langkah selanjutnya, anda boleh: 1. Rujuk kepada doktor atau jururawat kesihatan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai tempoh terbaik untuk scan dan langkah-langkah yang perlu diambil. 2. Pastikan mematuhi temujanji dan nasihat kesihatan yang diberikan. 3. Jika kos merupakan halangan, mungkin anda boleh mohon bantuan atau rujuk kepada agensi kesihatan tempatan untuk maklumat lanjut mengenai sokongan kewangan yang mungkin boleh diberikan. Semoga jawapan ini membantu anda, dan selamat menjalani perjalanan keibuan anda! #firstmom https://invl.io/cll7hzz

Đọc thêm

The moment UPT +ve, boleh terus call/walk in KK untuk dapatkan tarikh temujanji. Nanti nurse akan bagi tahu step yang selanjutnya berserta dokumen apa yang perlu di bawa. To be exact, early scan hanya digalakkan bila awak pernah mengalami miscarriage, ada spotting/bleeding, atau severe cramping yang menggangu daily routine awak. Kalau awak takde simptom2 tu, tak perlu buat early scan pun takpe. Bila dah buka buku nanti doktor akan buat dating scan. Awak baca lah perkongsian daripada Dr Imelda Balchin. Banyak info yang sangat membantu untuk preggy mom. So yeah the 1st thing for you to do is, call/walk in nearest KK.

Đọc thêm

kalau pergi sonobee tak mahal bawah RM40 rasanya, rata rata kalau scan swasta bawah RM60 selalunya RM50 yg buat mahal kadang sebab doc add ubat, so lets say you pergi scan swasta kalau doc bagi ubat cakap je tknk ubat just nak scan je, selalu nya orang scan awal ni sebab nak double confirm je pregnant atau tk but if you dah tahu tak perlu pun scan, its okay saya pun masa pregnant pergi scan 3 kali je itu pun sebab masa tu bleeding + nak tahu gender.. selagi you jaga diri jaga makan jaga kandungan its okay tak perlu pun scan.. moga kita dimurahkan rezeki ✨

Đọc thêm

saya tak pernah pon scan dekat swasta. masa bulan 11 thun lepas balik kampung duk rasa pening , n bau sensitif.. balik dari kampung baru cek upt tengok positif. pastu tunggu jela sampai 8weeks ke 10 weeks baru saya pegi KK buat appointment buka buku pink. sepanjang mengandung memang tak pernah pon scan luar. duk follow up dekat KK je. masa minggu ke 28 doktor tanya nak tahu jantina tak, saya ckp boleh je sebab tak pernah scan luar.. Alhamdulillah.. sekarang 30weeks++. sis relax jer.. jangan stress² spnjang pregnant ni. just follow the flow...

Đọc thêm

wasalam, if confirm pregnant di klinik swasta memang akan pricey. but if ada bajet nak buat 2D scan dekat Sonobee dalam RM28-RM33 gitu, boleh google and book appointment on website dorang. KK pula depends branch juga, ada yang boleh ada yang tak. jadi boleh call / walk in dulu untuk confirmation buka buku and boleh confirm pregnant sekali ke. Moga dipermudahkan.

Đọc thêm

boleh je sis kalau tak scan awal. yang penting sis dah confirm positive pregnant. call dulu kk untuk dapatkan appointment buka buku pink. bagitau sesiap belum scan lagi. kalau call tak jawab sis walk-in je. stgh kk bagi buka awal, stgh kk bg tarikh buka buku masa ngam² 12 minggu so boleh sekali jalan scan jumpa doktor.

Đọc thêm

sya 7minggu dah pergi KK bukak buku pink sbb masa tu sya confirm dah pregnant and dah scan dulu. kalau macam sis, boleh je paling selamat pgi masa 8weeks, bgitau nak check prgnancy belum scan lagi. nanti dh confirm, boleh bukak buku pink terus . sbb pgi sna pun dorang akan mintak skali lagi, air kencing and scan baby.

Đọc thêm

Biasanya akan ikut atas KK.. xdigalakkan pun scan awal² ni sis melainkan ada mslh kehamilan je. Bila buka buku pink first trimester mmg kena ada scan 1x paling kurang la.. so harap sis sabar dan tunggu masa ya, jaga diri tu yg penting.. jaga pemakanan yg blh tmbh hb..

Ikut KK juga sis. Ada KK yg scan 8w ke atas ja, ada juga yg 6w dorang scan dh. Lepas g KK, dorang mmg dh sahkn pregnant, bgi appointment buka buku pink then tgu je. Masa the day buka buku pink slalunya mmg scan sekali. In the mean time, jgn miss mkan folic acid

wslm..sy g klinik 5w utk confirm pregnancy je, mintak scan katanya kena tggu 8w..sy ada history ectopic so kena buka buku awal, 8w bru g lg skali utk scan..klau awak tkda sakit or bleeding insyaAllah semuanya okay