Ikan siakap 3 rasa(ada tabur nenas)
Salam. Nk tnye. Boleh ke ibu mengandung mkn ikan siakap 3 rasa yang tabur nenas atas ikan tu tpi saya tak mkn la nenas tu. Saya was2 tentang nenas ni. Yela. Nenas kan boleh menyebabkan keguguran. Mintk pndgn semua.
nenek saya pernah pesan semasa mengandung tak bgi mkn nanas baik dlm masakan atau buah-buahan sampai kandungan betul2 kukuh kuat.. petua org2 dulu..mak saya pun pesan kat saya mcm tu.. Alhamdulillah saya ikut petua tu jgk sis..
ikotkan org kata nenas yg dh masak boleh mkn. tp saya dulu mmg xberani nak mkn nenas. so kalau mknan yg ade nenas mcm siakap 3 rasa / pizza / cocktail tu ke, saya asingkan nenas tu n bg husband mkn 😅
Boleh makan isi ikan & kuah dia. Certain orang, nak makan nenas pun boleh tapi makan sikit dulu try. Sy pun makan je pajeri nenas, kerabu nenas & timun tu. Tp sekadar lepas teringin. Alhamdulillah okay
saya makan je nenas masa pregnant. lagi la yang dalam masakkan bknnya masam sgt pun. awk bkn nak makan smpai sebijik pun kan 😂 apa2 pun makan jgn berlebih2 tu je.
Nenas masak boleh makan orng tua cakap cuma kalau rasa takut jgn makan ,,mcm saya takut jadi saya tggu kndungn 3 bulan baru mkn tapi kuantiti yg sedikit sahaja
Doktor ckp boleh je mkn nanas, yg dlm drama tu mitos je, kcuali kalau sanggup mkn nanas 100 biji bru boleh gugurkan kndungan.. tu doktor ckp la..
saya masa kandungan 4 bulan . teringan nak makan siakap 3 rasa . ibu mertua memang masak siakap sedap. tabur nenas ( masak ) . okay jew .
Sy bru ni mkn siakap 3 rse. tp nenas tu xde pulak org tu buh. bila Sy tnye.. rupanya tukang masak tu buat masam manis
nanas yg dh mask sgt mcm kekuningan baru boleh .asalkn jgn nanas muda baru tk boleh mkn.tkut nnti gatal.
boleh je sis makan , saya dah berapa kali makan siakap 3 rasa 😂 kalau rasa was was , asingkan lah