Pengalaman

As salam n hi semua. Ini mungkin kali terakhir saya post kat sini atau jika ada rezeki saya mengandung lagi lepas ni saya akan download balik apps asean parents ni. Gambar test upt tu merupakan suatu pengalaman, kenangan paling manis dalam hidup saya. Tak pernah dapat double line mcm tu, ini adalah kali pertama dalam usia perkhwinan 4tahun saya. Semestinya sangat manis untuk saya dan suami. Tapi siapa jangka,takdir Allah untuk saya, gambar test upt apabila dilihat sebelum ini membuatkan diri ni happy,sekarang sudah menjadi kesedihan pada hidup saya. Kandungan saya gugur usia dia 7 minggu. Pada permulaan, doktor xdapat detect kndungn dlm rahim. Mungkin katanya masih terlalu awl,lntas diminta untk dtg selepas 3 minggu. Masa ni lepas je test guna clearblue,esk tu trus pegi scan di poliklinik tluk kmbar. Ini krn saya sblm sya test tu mlm tu jugak msa buang air kcil,trdpt darah kluar walaupun sdikit saya jd rsau. Lntas esknya tu bila scan jumpa doktor, saya trus bg tahu pdnya. Doktor ckp mungkin saya ada buat kerja berat. Setelah hari tu,memang dah xde darah dah. Hari2 saya berlalu dgn kegembiraan krn ada zuriat dlm rahim saya. Saya beranggapan mcm tu la. Suami pun makin brtambah caring. Semestinya saya berasa sgt gembira,ditambah pulak setelah 4 tahun kami menanti,dan bulan februari merupakan ulang tahun perkahwinan kami. Sebagai tanda syukur dan saya anggap bagai sedekah semoga Allah jaga saya dan bby,saya sanggup spend duit belanja family saya baju raya walaupun baru bulan 1. Namun, kegembiraan saya tak lama. Minggu lepas, benda paling saya takut jadi kat saya. Setiap kali saya nak buang air kecil, mesti saya akan check sama ada, ada darah ke tidak. Selalunya hanya ada cecair putih biasa je, tapi hari khamis tanggal 28/1/2021. Masa masuk toilet utk solat asar,saya check mcm biasa. Mimpi ngeri terjadi, dimana terdapat darah pada faraj saya. Non stop. Saya menangis,berdoa moga tiada kejadian buruk terjadi. Saya tunggu suami saya pulang dari jam 6 hingga 10 malam. Terus pergi hospital untuk check. Macam hri tu jugak, doktor scan xnmpk bby dalam rahim. Dan agak kecewa doktor ingat saya ni late period je. Tapi diorang minta utk buat urine test lagi sekali. Dan resultnya positif,baru la nampk mcn diorang kalut check bhgian bawah smua. Setelah itu diorang hntar ke hospital besar pulau pinang. Disana pulak, doktor scan atas perut tetap tak nampak baby dalam rahim, even kantung sekalipun. Check bahagian bawah pun takde. Malu tu pun dh hilang sbb cuma ingat baby je sekarang. Diorang ambik blood test dan bagi result keesokan pagi. Pagi2 je lepas subuh terus call ,mintak admit ward kerana bacaan darah saya tinggi yg bermaksud,saya dh mengandung lma dh. Tapi diornag xjumpa bby even kntung pun dalam rahim saya,diorang takut saya jadi kandungan luar rahim. Kat sana dah jumpa pakar semua ,tetap result sama. Tapi darah stop keluar dah masa tu. Darah ada balik masa diorang keluarkan batang yang diorang scan pada bhagian bawah tu,doktor cakap takut saya dah gugur ni sebab darah keluar banyak. Tapi saya dh tak kisah andai kata gugur ,saya dh redha. Berbanding luar rahim yang perlu dipotong tiub fallopian tu. Baby pun bkn boleh diselamatkan. Tambahan pula saya ni belum ada anak, so saya takut la effect lepas tiub dipotong. Hari ahad baru la test darah ambik semula, hari sabtu sebelum tu. Memang stay kat ward xda buat apa. Memang orang kata rest je la. Bacaan darah menurun walaupun masih tinggi,tapi doktor cakap kiranya kandungan saya tak menjadi la. Saya bagitahu memang ada keluar darah jugak sikit2 hari ahad tu,dan saya dah mula sakit perut. Agak kecewa juga,doktor macam menanggap keguguran diawl ni benda biasa. Bila ditanya kenapa jadi,mcm nk elak semua. Agak kecewa la dengan jwapan smua. Sebab smua in bnda biasa je kan gugur awl2 kndungan. Tapi kami yang menanti lama dan berharap ni macam mana perasaanya. Saya boleh discharge. Sekarang tunggu je la kandungan ni keluar sendiri. Sakit memang sakit. Sedih pun ada,tengok asam saya makan masa saya loya dulu pun sedih. Kenangan kan. Owh ya, lupa nk cakap. Bila keguguran berlaku, apa saya baca di internet sedikit sebanyak siptom kehamilan dah mula berkurang. Macam saya dua hari sebelum darah turun,saya dah tak rasa loya dah. Bagi saya agak pelik la. Tapi saya anggap Allah nak mudahkan urusan saya buat kerja kut. Lama2 sampai saya dok kat ward, breast saya dah tak sakit mcm sebelum2 ni. So dari situ saya dh mula redha, walaupun doktor xbgi result lagi. Pesakit dekat ward bagus2 semua. Bagi kata2 semangat kat saya, kata ada tu rezeki lain. Tetapi saya agak trauma,kerana takut benda boleh berlaku lagi sekali. Masa saya bru tahu saya mengndung. Saya banyak berzikir "Allah Maha Kekal" ini saya dapat tips dari internet. Saya xingt bila saya cri doa elak keguguran, masa start turun darah atau sebelum tu. Tapi takdir Allah melangkau semua. Waktu solat sentiasa doakn ank dalam kndungn ni sihat. Saya ingat bby saya kuat . Tapi silap saya. Mungkin ada la perbuatan saya yg buas sgt ke. Saya tak nak salahkan Allah dalam hal ni. Ada hikmah tersembunyi itu pasti bukan. Nasihat saya kalau ada turun darah tu pergi la check kat hospital ke. Walaupun kawan saya cakap spotting biasa. Tapi saya tetap pergi check. Dan akhirnya betul la saya keguguran. Tipu la masa kat ward sementara tunggu ujian darah diambik untuk hari ahad tu, saya tak berharap bby masih boleh diselamatkan. Saya berharap agar tiba2 nampak kantung ke masa scan. Tapi tu cuma harapan. Saya selalu ingat mungkin pembalasan atas dosa saya. Entah la bila down mcm2 benda bermain kat fikiran Sekarang saya nak bangkit balik, buat kerja apa tertangguh setelah habis pantang ni. Saya sentiasa harap Allah bersama saya. Mungkin Allah nak bagi kejayaan terlebih dahulu pada saya sebelum ditakdirkan ada rezeki zuriat. Sedikit coretan dari saya yang kerdil ini. Maaf agak panjang.

Pengalaman
58 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

take care. be strong. InshaAllah ada rezeki next time. sy pernah mcm puan,kandungan pertama juga. ulang alik hospital,dh 14 minggu still xnampak janin. scan ikut bawah,janin dalam tiub fallopian. seminggu lps tu terus buat laparscopy sbb consider ectopic pregnancy(kandungan luar rahim) sedih sgt2,sbb sebelah tiub terpaksa di buang. sy redha walaupun sedih. after 3 month sy pregnant balik. syukur Alhamdulillah... rezeki dari Allah,dtg di waktu yg tepat. skrg ank sulung dh 9 tahun. and...sy dan suami dh ada 4 orang anak. puan jgn putus asa,keep berdoa. mohon pada Allah. yakinlah,setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

Đọc thêm

Kes awak sama je dengan saya. Pregnant tapi bila scan tak nampak apa. Doctor suspek ectopic pregnancy sebab memang tak nampak apa pun. Scan dari bawah pun tak nampak. Tapi upt positif, buat ujian darah pun memang pregnant. Lepastu keluar darah coklat seakan period, lama-lama keluar darah. Sampai je dekat hospital keluar ketulan darah. So saya syak memang saya dah gugur time tu. warded satu malam dekat hkl. Saya faham sangat perasaan awak. InshaaAllah akan ada rezeki zuriat yang soleh dan solehah untuk awak dan suami. Semoga Allah permudahkan urusan awak dan suami. Hugsss 🥰🥰

Đọc thêm
3y trước

terima kasih ye puan.so after that mmg dh xde doktor syak kndungn luar rahim ke lg?saya ni dh gugur pun doktor still takut ada kndungn luar rahim..

Sama mcm sy.18/01/2021 buat buku pink di KK. 21/01 ada sedikit keluar bleeding n terus pegi hosp putrajaya checkup. Doc scan hanya nmpk kantung kosong n sy disahkan gugur. Sy redho. Doc bg tarikh 8/2 dtg untk cuci, tetapi berkat doa sy, suami mk n ayah xnk kena cuci jd pd 26/01 sy sakit perut sngt2. Pergi toilet besar ketulan keluar sndiri. Sempat suami tadah dan habis keluar terus bawa ke Hosp. Doc cek n scan,alhamdulillah sy tak perlu cuci. krn semua dh habis keluar. Syukur.. #Anakfirst#12weeks#mogakitadiberikanrezekiuntukmerasapregnantlagi.InshaAllah Aamiin

Đọc thêm

Moga kuat puan. insyallah ada rezeki lebih baik. sy sendiri pernah keguguran 2 kali. mmg sedih sbb kita dah rasa loya2 dan pembawakan mengandung tu. tp masa sy admit ward haritu doc pernah ckp dekat sy, belum rezeki. mungkin yg sblm ni Allah taknak bg, kot baby tak sihat, atau akan ada komplikasi pada kita. Selepas keguguran biasa nya senang nak lekat. mcm sy dah kembali hamil. sy doakan puan dipermudahkan urusan selepas ini. doakan juga kandungan sy kali ni kuat. serik nak menangis lagi rasa kehilangan.

Đọc thêm

saya pun paham perasaan sis..saya tunggu zuriat selama 12 tahun..tuhan jer yang tahu betapa gembira nya saya dan suami bila dikurniakan baby di dalam rahim walaupun x lama..mcm kata sis tu juga..doc pun mcm x kisah..kata nyer keguguran pertama perkara biasa..tapi bagi kita yg dah menunggu lama, mmg mrasa kecewa dngan jwapan yang diberi..bukankah tugas nya sebagai doktor membantu kita..tapi bukan rezeki kami..saya besabar jer la..saya harap sis betabah hadapi semua dan semoga dikurniakan rezeki lagi ya..

Đọc thêm

sis jgn rsau, kalo ggur biasa nya akn sng sgt lekat.. dr skrg sis amalkn acid folik ye.. bca kt intrnet apa kebaikn die.. sy last year pn pnh ggur bln 9, kuar drh stitik je tros p hosp.. smpi hosp mmg non stop kluar n perut mula sakit.. this year bln 3 alhmdlillah allah bg rzki n skrg sy bru hbs pntg 😍 mse prggy yg ni pn ade spotting.. sy bdoa je, p jmpe doc bg ubt stop drh n tros kn mkn acid folic.. sis jgn down ye, prmpuan ni slgi ada rahim, slgi tu insyaallah bole mngndung.. amin

Đọc thêm
Thành viên VIP

same la kesah awk dgn sy..bleeding pastu scan tk nmpk..wlaupun byk kali scan ats bwh..tk jumpe..smpai dr suspect ectopic pregnancy..smpai kne tebuk perut...tapi tk jumpe baby pon..last2 baby tu kluar sndri mse dkt tnds☺️..Allah takkan uji hambanya melebihi kemampuan kita...bersabar dan redha..jgn prnah putus asa..sy dah pregnant balik lps 2 bulan gugur...ingat jgn putus asa..Allah suka hambanya yg sabar..InshaAllah ade rezeki lain sis❤️

Đọc thêm

Sy pon gugur jugak jun 2020. cuma positive kan diri bila scan 3-4x xnmpk bby even Ada kantung. dri kk refer hospital mmg doc mmg sah gugur. jd tunggu 2 minggu utk keluar kantung sndiri. skrg ni sy 9w. alhamdulillah diberi rezeki kali kedua.. Sy install balik apps ini utk mendptkan maklumat. Sy doakn sis dipermudahkan urusan Dan diberi kesempatan utk mempunyai zuriat sndiri. sis doakn kandungan Sy ini selamat sehingga bersalin uey

Đọc thêm
3y trước

dalam tempoh 2 minggu nk keluar kantung. Sy xde bleeding pon. smpai la hri ke 14 bru Sy sakit bleeding mcm air paip tu.. msuk hospital xsmpai sehari. admit 2 pgi. jam 10 pgi Sy dh bole keluar. Sy amek masa 6 bulan jugak nk lekat.. mcm³ usaha Sy buat. Sy jaga mkn. Sy diet sihat sbb Sy ni berisi. dan Sy Ada berurut 2-3x. selebihnya Kita tawakal sbb dh usaha bersama waktu subur. mkn folic acid. bila buka buku tu doc xkasi ubat kuat rahim pon sbb Sy jenis xde bleeding spotting langsung. tp Sy mmg berjaga utk kandungan ke 2 ni mmg bedrest je. kerja ofis pon ngdp pc buat report

inshaaAllah ada rezeki lagi sis, jangan putus berdoa dan berharap. saya pun gugur masa kandungan pertama, scan atas tak nampak bila scan bawah nampak kantung tapi bukan rezeko lepas je scan bawah terus jatuh sendiri. sedih tu memang tak boleh nak digambarkan, asyik nangis je sampai husband pun naik risau tapi hati redha dah. semoga anak syurga kita boleh jadi asbab kita masuk syurga inshaaAllah ❤🤲 stay strong ya sis

Đọc thêm
Thành viên VIP

rezeki Allah swt to pasti,usaha,berserah & tawakal sis, semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki..bykkn fikir positif ad rezeki lain.. rezeki diberi k kesihatan yg baik pun rezeki,diberi kerja pun rezeki...lain2 org lain dugaan..byk kan doa..luangkan masa sendri,gembirakn hati sendiri...❤️ semoga ada rezeki utk sis dan suami💪💪 sis kuat itu sebab Allah swt memilih utk diberi dugaan

Đọc thêm