Pengalaman Hamil Luar Rahim
Salam mommy2. Sya nak share kebahagiaan sya lepas 6 tahun saya cuba untuk beranikan diri. Sya ectopic survivor, 1st pregnancy sya dah d uji dengan pengalaman tu. Tube sya sebelah dah kena buang. Bahan bacaan saya hampir semua menyatakan benda tu bakal berulang dan risiko dia tinggi. Tapi alhamdulillah syukur pada Allah, 20 minggu lalu sya d sahkan hamil sekali lagi. Doa saya waktu mula2 tu semoga baby "stay" d tempat yang sepatutnya, iaitu d dalam rahim saya. 13 minggu saya tggu untuk betul2 tahu yg baby ya dduk dalam rahim. Harini saya dapat tahu, anak solehah bakal menanti masa bertemu saya. Utk pejuang2 ectopic , saya doakan kebaikan utk kita semua. Doakan saya dan bakal baby saya sentiasa sihat ya 🥲 saya happy sgt Allah bagi saya peluang lagi.