Demam panas degil ON OFF

Salam mommy semua😔 ada tak yg dekat sini ada anak yg demam panas atau pernah demam panas sampai suhu hampir 40°C ?? Kenapa ye demam panas ni macam sangat degil untuk hilang? Anak suhu dah 37°C lepastu nanti petang ke malam ke esoknya ke nesti akan naik balik jadi 39°C.. dahla anak umur dah 2 tahun tapi sangat susah makan ubat. Bg pakai syringe, dia tutup tekak pakai lidah dia (ke atas kan lidah) pastu buang balik ubat yg dh masuk mulut dia. Kalau ada yg tertelan pun dia muntahkan balik hmmmm macam mana ya apabsaya nak buat? Anak jarang demam dan biasanya demam pun 2 hari mcm tu je.. haritu kena covid pun 1 hari je dia demam.. tadi pergi klinik bagitau doctor pun doc kata dia dalam recovery process sbb tu mcm tu so doc pun tkde bg ubat apa cuma ubat selsema. Harini hari ke 4 demam dan baru harini selsema.. setiap kali suhu badan anak naik mesti lembik dia kesian tengok sebab anak seorang yg sangat aktif.. bila sihat sikit je mesti aktif balik dah.. buntu lah saya ada ibu2 yg ada cara tak untuk rawat demam yg degil mcmni? 😔😔#pleasehelp

Demam panas degil ON OFF
11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

jngn sembarangan masuk ubat dlm punggung anak yea kecuali yg doktor bagi,, pernah ada kes kn d mlysia hari tu, mak dia bagi ubat masuk punggung sebb demam tak surut² cuba cari n baca kes tu, anak sya prnah demam seminggu batuk selesma doktor bgi ubat antibiotik n ubat cair kahak n demam,,, dlm masa sama saya lap² anak saya dengan air asam jawa sebb dah 3hari demam tak surut tiap pagi saya bagi mndi berendam dngan air asam jawa..setiap 1jam badannya saya lap pakai air terutama bahagian betis saya akan basahkn ,, klau panasnya betul² tinggi waktu tu saya bagi mndi,, tapi saya basah kn badan dia ikut urutan, dari kaki sampai bahu saya ulang 3kali baru siram kepala dia, memang baby menangis lah,, tapi semua tu saya buat lepas saya bawa jumpa doktor check darah n tiada sakit apa² kecuali demam,, apa yg penting mental ibu kena jaga tak boleh down depan anak kecuali allah mnta lah kesembuhan dngn allah.

Đọc thêm

I feel you mommy. Mmg musim demam gitu rasanya. Anak2 saya hampir 2 minggu demam on off macam tu. Batuk selsema. Malam je naik suhunya. Apa yg saya buat, check doktor, bg paracetamol ikut masa, kerapkan mandi air suam letak lemon (biar dia main2 lama skit), sponging seluruh badan dgn air suam, selalu minum air kosong + secubit garam bukit (letak dlm botol feveret anak. refill terus bila habis), kurangkan makanan gluten cthnya yg ada tepung gandum, bg nasi sup ayam. Semoga anak sis cepat sembuh. Mommh kena kuat semangat k. Takut anak pun berjangkit bila mommy down. Hugs.

Đọc thêm

sekarang ni musim viral fever mommy.. kalau boleh elakkan bawak kluar baby ke tempat ramai org.. mommy dh cuba mandikan ank dgn lemon? sentiasa sponging (basahkan tuala sentiasa lap badan ank). suhu 38c keatas bawak terus ke klinik utk masuk ubat bontot since ank susah mkn ubat.. demam on off lama ni kena on antibiotics sb dia berpunca drp virus tau mommy.. smbil2 tu mommy bg la dia mkn buah yg tinggi vit. c utk imun sistem dia.. kalau dia mkn ok lagi cuba mommy buat sup singo pear dgn ayam(tips ni sy dpt drp jiran chinese sy) bagus utk ank tak sihat..

Đọc thêm

Kalau tak ade cara lain bagi makan ubat, boleh minta kat klinik kanak2 utk ubat sumbat pantat. Anak saye baru nak masuk 2 tahun pernah demam sampai kene sawan, kami sbg ibu bapa belum byk experience utk anak sakit ni, waktu kena sawan tu mmg learning experience. Ubat paracetamol ja boleh bagi sebab jangkitan virus takde ubat. Monitor suhunya ja, kalau panas mandikan cepat2 atau lap2 badannya. Lagi satu kalau anak sya tak nak makan ubat sya akan pegang dekat pipi dan rahangnya sampai ditelan, dia tak dpt gerak.

Đọc thêm

anak sy jenis mcm ni jgk ..xda cara lain..sbb ubat2 semua tolak..sy pelbagaikan ikhtiar..sapu putih telur seluruh tubuh termasuk kepala..atau lendir pucuk daun bunga raya,tak pun asam jawa..biarkan dr pagi ke tengahari..dh tghari bagi mandi air suam lemon..pstu sambong letak lagi yg tadi tu..smpai bdn hilang rasa panas..lps tu kalau dia rasa nk bermain sy akan biarkan jer smpai berpeluh2..biasanya lps tu anak sy akan sembuh terus lps berpeluh tu..smga anak awak ada yg serasi dgn petua2 ni ya..aamiin..

Đọc thêm
Influencer của TAP

Hi mommy. Dah try bawa pergi klinik pakar. Bahaya demam tinggi sangat walau on off. Kalau mommy bawa pergi klinik biasa kadang mereka tak dapat trace anak sakit apa. Sebaiknya bawa jumpa pediatric. Anak saya pernah kena demam on off, tengok memang lembik. Bawa pergi pakar selepas 3 hari demam. Doc cakap time tu kena rsv. So sebaiknya bawa jumpa pakar segera ya.

Đọc thêm

1. takot kita guna syringe yang sama celup² dalam ubat, so ubat dah tercemar dan tak boleh pakai lagi. 2. takut kita selimut kan anak dan letak tuala basah kat dahi, jadi kebah susah surut. 3. cuba bagi minum air kembang semangkuk sebab air tu sejukkan badan kita yang tgh panas. 4. cuba bagi ubat on time. sekadar pandangan

Đọc thêm

beli paracetamol supp kat farmasi. ubat yg masuk ikut dubur tu. anak saya pun payah makan ubat. dos takkan cukup klau bg ubat makan. saya bg ubat supl tu baru jalan. sbb semua masuk. Anak dah 2 tahun boleh ubat supp. kalau bawah 2 tahun je tak boleh

better bw hospital utk chk darah if dh 3days. doc biasanya mmg mcm tu agk2 je jwban nya kdg.. lgi pun suhunya terlalu tggi for 2yrs baby.. skrg ni dh mcm2 virus ada kat malaysia ni.. so be alert..

ada kemungkinan influenza. anak saya kena ceni. jgn masuk ubat bontot risiko kena radang otak. buat test, kalau positif influenza kena on anti flu. pcm mmg takkan berkesan kalau influenza