Muntah berterusan

Salam mommies, sy baru masuk 11weeks, & muntah makin kerap. Makan sikit muntah, minum air pun muntah jgk. Doc just bagi ubat tahan muntah, dah mkn ubat tp still muntah. Ubat dah xberkesan. Sampai xde selera nk mkn apa2 lagi. Boleh bantu atau ada yg pengalaman mcm ni? Sy dah buntu nk buat apa.. btw ni 1st pregnancy

10 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sis cuba minum air spritzer tu, saya pun alahan teruk, try tu alhamdulillah okay. sbb sy sjenis tak boleh mnum air putih, minum air kelapa pun tak jalan. jd minum je air spritzer tu. dia kurangkan loya. lepastu bila makan, mkn dgn kuantiti yg sikit2. ubat kalau dh tak jln tak pyh amek dah. insyaAllah nnt nk masuk 2nd trimester kurang. dugaan mengandung 😫,

Đọc thêm

hye sy start 6 weeks dh muntah teruk, mkn je muntah, mmg ubat tahan muntah tk brkesan dh. tp sy tgok ada org share klinik bg ubat veloxin, ubat tahan muntah tp kuat. sy cari kt farmasi, ada dua jenis veloxin utk ibu preg boleh mkn, sy ambik 2 kali sehari mmg kurang muntah dah, klu tk mkn mmg lembik badan n sy byk mkn tembikai supaya tmbh air

Đọc thêm

Sama lah dengan saya , pergi klinik hospital drip air okey sekejap balik sama je , 1st jgk .. sabar yaaa , semoga masuk tris 2 kurang skit alahan 🥺🤍🤍🤍 yang pasti kene makan skit tapi kerap ye awak , sekurang2nya 3jam sekali kene makan .. kalau lambat2 nanti perut masuk angin ..

sama la dgn saya. sy pun alahan teruk. Sy mkn veloxin stp hari. rasa better even mmg ada mual tp at least kurang dan xmuntah. kalo bab mkn dan minum yang boleh membantu tu susah pn. pn kena try and error yg mana boleh krg kan mual tu. kalo sy mkn kacang2.

amalkan minum air kelapa tanpa gula. Mak sdara sy jual santan ,sy slalu mintak air kelapa letak dlm peti . Pagi2 kalau loya memang sy minum air klapa . Lega rasanya. Tp kalau nk makan ubat pastikan 2jam selepas atau sebelum mnum air klapa tu ye.

9mo trước

boleh je. xde masalah. Try la mnum sikit dlu. kalau xde masalah bleh je teruskan. Sy mnum je sbb nk hilangkan rasa loya . Dalam sparuh gelas pon dh ckup. Awk kena try n error. Kalau makanan / mnuman yg membahayakan jgn plk nk try. Air kelapa ni bagus utk ibu dn janin. Jgn ikutkan sgt mitoss2 tu.

samalah sy harini dah masuk 11 weeks juga for 2nd pregnant, alahan muntah2 still ada rasa lemas makan minum semua tak kena.. berat badan loss 6kg dah takleh bau makanan terus rasa loya.. dah penat ulang alik wash room

Sama dengan saya. So apa yg sy buat utk minum jugak. Cuba campur air masak dgn ribena. Minum air buah. Makan buah tembikai sbb dia contain byk air jugak. Make sure makan ubat tahan muntah before makan. Semoga ok

sama lah. saya sampai turun 2kg😂. tapi nak buat mcm mana. still kene makan utk tenaga dan zat baby. always mkn xsampai 2minit auto muntah. ubat tahan muntah pun xjalan😂.

ehhh sama laaa kita 11weeks jugaaa! tapi saya alhamdulillah tak teruk mcm sebelum ni, selera pun dah ok sikit tapi tetap muntah juga. saya bnyk makan buah je sis

cuba awak makan gula gula fishermanfriend, sebab saya pun alahan muntah teruk saya makan gula gula ni utk kurangkan rasa nak muntah