Meniarap ketika mengandung

Salam mommies, saya first time mom. Saya suka sangat meniarap, dan pernah google, dia tulis takde limit pregnancy pon untuk meniarap. Agak pelik jugaklah. Tapi disebabkan sy baru 18weeks, jadi sy tetap meniarap cuma sekarang dah rasa ketulan dekat rahim, jadi biasa saya akan letak bantal dekat bawah dada untuk tinggikan sikit badan supaya baby tak rasa tertekan. Ada tak dekat sini yang geng meniarap dan masih meniarap masa mengandung ni? Boleh share berapa weeks kandungan untuk yg masih meniarap?

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam mommy! Saya faham kegembiraan mommies yang suka meniarap. Sebenarnya, meniarap semasa mengandung adalah sesuatu yang boleh dilakukan selagi ibu hamil masih selesa dan tidak ada masalah kesihatan yang serius. Namun, apabila rasa ketulan di rahim muncul, adalah baik untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau pakar kesihatan. Memang benar bahawa tiada had umur kehamilan yang dinyatakan untuk meniarap, tetapi setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza. Jika anda selesa meniarap dan masih dalam tempoh yang selesa, tidak ada masalah untuk meneruskan amalan tersebut. Bagi mengurangkan tekanan di rahim ketika meniarap, idea untuk meletakkan bantal di bawah dada adalah baik. Ia membantu untuk meninggikan sedikit badan dan mengurangkan tekanan pada perut. Selain itu, pastikan anda juga memperhatikan posisi badan anda agar tidak memberi tekanan berlebihan kepada bayi. Untuk geng meniarap yang masih melakukan aktiviti ini semasa mengandung, mereka mungkin berkongsi pengalaman mereka dengan anda. Setiap individu mempunyai keupayaan yang berbeza, jadi adalah penting untuk mendengar tubuh anda sendiri dan mengambil langkah yang bersesuaian. Semoga pengalaman kehamilan anda berjalan lancar dan gembira. Jika ada sebarang kebimbangan atau masalah, sentiasa berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang terbaik. Teruskan menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan dengan penuh kasih sayang. Selamat menjalani pengalaman keibuan yang indah! https://invl.io/cll6sd8

Đọc thêm

True story my mom suka meniarap sampai ke third trimester even kejap2 & dia rasa tau yg i kt dlm ni mcm terhempap/tertindih sbb ada tekanan yg mcm sis ckp. My mom bersalinkan i normal tp i keluar muka agak herot which senget sebelah. Doctor kata most probably sbb terhimpit area muka yg lama2 jadikan i punya fizikal mcm tu. My mom menyiarap kejap2 je tp kerap so still possible i jadi mcm tu. Tak terkata sedih hati my mom dpt anak oku muka cacat tp Alhamdulillah dulu (year of 1995) ramai org lama2 yg pandai urut so hari2 muka i diurut siap atok i buat bantal beras lilitkan kt muka nk bg kembali ke bentuk asal cos baby kan still fragile, kulit lembut thats why hari2 buat mcm tu sampai lah muka i normal & take time ya. Better elakkan la sis cos experience ni bukan experience jiran ke sedara mara i tau, ni mmg happened to my mom & diri i sendiri Lillahita’ala. Kalau jadi apa2, susah nk jumpa org lama2 yg pandai urut2 bayi skrg ni. Sampai i dah 2x bersalin pun my mom akan remindkan bab meniarap ni every time i pregnant cos dia cukup2 takut. Just sharing ya, org tak bagi meniarap ni bersebab cos tak berlaku kt i sorang & worse case ada yg baby meninggal dlm perut sebab oxygen tak sampai while mommy meniarap. Kita boleh ckp sekejap je tp time sekejap tu kalau Tuhan nk bg terlelap ke kan sampai berjam. Ada org bernasib baik dia meniarap sampai beranak tak jadi apa pun, ada org silap sikit merana terus huhu. Better elakk ya. Just sharing

Đọc thêm
7mo trước

Harap tt ni baca komen ni. Benda x jadi x pela kalau jadi jenuh. Btw good sharing sis dan alhamdulillah awak dah sihat elok 🙂

Thành viên VIP

kalau ikutkn tidur meniarap ni tak bagus untuk kesihatan serta kandungan jika hamil..dan dlm islam pun ada bgtw ttg ni..ada org kata makruh tidur meniarap ni..jd ms pregnant ni..better elakkn tidur meniarap..wlaupun kita suka sgt2 nak tidur mcmtu.. disini sy sharekan sikit ttg tidur meniarap dalam islam hrp dpt mmbntu puan.. dan mintk maaf jika apa sy copy dan share ni boleh sbbkn puan rasa tersinggung..hrp dpt maafkn sy.. Islam melarang tidur secara meniarap. Ada diriwayatkan sebuah hadis: Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah. - [HR Tarmizi 2692]. Rasulullah SAW bersabda: "Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Demikian yang dijelaskan dalam kitab-kitab fiqh Mazhab Syafie termasuklah oleh Imam An-Nawawi. "Bahkan, Al-Khatib Asy-Syarbini Rahimahullah turut menyebut, disunatkan untuk kita mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web Maktabah Albakri. Justeru, Zulkifli menasihatkan agar kita menjauhi tidur dalam keadaan meniarap. ubah yg biasa kita suka kepada Apa yg Allah suka🥰..supaya kita blh sm2 masuk ke syurga Allah bersama🫰🏻

Đọc thêm

sedangkn terlentang pn blh buat bby lemas, ni kan meniarap sis.. ibaratnya mknan,ad org blh mkn nenas tp ad yg xtahan juga. gitula sebaliknya, geram mcmna pn tp kalau memudaratkn kandugan elak2 kn lah.. nk dpt bby bukn mudah.. mf ya kalau kta sy agk kasar..

masa awal preg suka sangat meniarap sekarang 16w dah rasa perut meniarap 15saatpun dah rasa lemas🤭 terlentang pun beratje perut mampu mengiring je sekarangni🤭

Bersabar ye sis. Dulu masa pregnant teringin sangat nk tidur terlentang tapi takut bahaya kan baby. Lpas bersalin ni rasa lega gilee dapat tidur terlentang🤣

7mo trước

Sy pun suka tidur terlentang, sbb bahu jenis lebar kalau mengiring mesty lenguh tgn dan bahu jd sakit. Tp sbbkan utk bby relakan juga

Nti tanya nurse sis ye. Setahu sy tak boleh sbb nti effects baby masih kecik lg..so sis boleh google lah cmna position tidur utk ibu2 mengandung☺️

7mo trước

Oh yeke. Sebab saya masa tidur tak meniarap. Cuma kadang main fon ke atau baring kejap suka meniarap.

xblh sis, bahaya untk kandungan, kalau 1st trim blh la. ni dh 18weeks

7mo trước

Itulah risau jugak. Tapi kalau sy start rasa tekanan dekat perut tu sy stop meniarap. Cuma tulah sebab benda kita suka kan, rasa geram kalau tak meniarap😅. Tapi perut pon besar lemak je sebab memang kategori obes.

cuba elakkan.