Ya, baby yang ada jaundice kerap tidur. Kita yang kena kejutkan.
Pengalaman saya, saya dan suami set alarm setiap 2 jam untuk jadual susu baby supaya lebih alert dan tak terlepas. Jadi jadual susu memang konsisten. Cara kami kejut,
- Geletek tapak kaki anak atau
- Kalau pakaikan bedung, buka bedung.
- Last resort kalau dua cara di atas tak menjadi, kami akan buka semua tinggal kan pampers je.
Tips2 ni daripada paediatrician anak saya. Cuba lah👍 Harap membantu