13week 3day
Salam and hye para ibu semua. Ini adalah kandungan saya yg pertama. Saya kan, sejak 2 ke 3 harini asyik overthinking 😓 kdg terfikir, okay ke janin dalam kandungan saya ni Saya last scan masa kandungan 8 minggu, Alhamdulillah dah ada heartbeat. Kemudian masa buka buku pink di KK, Dr takde buat scan sbb Dr kata masa scan sebelum ni janin dah ada heartbeat. InshaAllah minggu depan, saya ada appt di KK. Apa yg buatkan saya overthinking adalah saya takde alahan mcm mual² atau loya, cuma kurang selera makan terutamanya bila menu yg ada sayur (sebelum mengandung saya amalkan DSSS, jdnya sayur mmg makan setiap hari) dan cepat letih sikit. Saya takde niat untuk ada alahan mual² atau loya, muntah² sampai lembik org kata, tp itulah kdg terfikir okay ke keadaan sebegini untuk ibu hamil. Sekiranya ada rakan² ibu yg sudi berkongsi pengalaman semasa hamil sebelum ini, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Doakan saya ya ☺️