Kandungan 37w

Salam hai mommy, Sekarang saya dah 37w, betul ke kalau dah masuk 37w ke atas baby dalam perut tak lasak sangat macam sebelum ye? sebab ruang dah sempit. Lagi 1, kekadang perut mengeras , dan celah kangkang sakit2 ngilu. Btw, first baby jadi confuse kalau itu contraction atau bukan. Semalam selepas buang air kecil, tengah basuh miss v tu, ada keputihan jernih. Tapi dekat seluar dalam takde pula. Keliru ..

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

braxton hicks yang awak rasa tu. monitor je kalau contraction semakin kerap contoh 10 minit sekali boleh terus pergi hospital ye. 37w baby dah besar, ruang sempit, tapi pengalaman sy, masa 39w pun baby lasak lagi 😅.