Salam. doktor sahkan saya missed miscarriage pada 21/9 usia kandungan 11 weeks. dia bagi tempoh 2 minggu utk kantung keluar sndri. saya x pernah bleeding sepanjang pregnnt. harini 30/9 usia kandungan sepatutnya 12 weeks baru ada keluar spotting n darah waktu kencing. dah mula rasa sakit perut mcm senggugut dan sakit pinggang. agak2 dah boleh pergi hospital ke? takde keluar ketul2 pun saya takut g hospital dorang suruh balik semula pulak.. atau nak tunggu sehari dua lagi? mintak didoakan saya ya smoga urusan dipermudahkan.
update : 02/10/2022 saya alami contraction sakit perut mcm sengugut sejak jam 3 am. contraction selang 2 minit 😖 tertidur sekejap dan terjaga 6.35am sebab rasa ada benda nak keluar. then saya ke toilet n teran sedikit, kantung keluar bersama darah2 beku... saya bawak kantung ke hospital n scan rahim. doktor ckp masih ada sedikit sisa dkt rahim. doktor masukkan muncung itik n korek sisa yang tertinggal. alhamdulillah saya xperlu operate dnc (sebab doktor ckp kalau x boleh korek dia nak book operation room utk saya😫) nasib baik berjaya korek sisa2 yg tertinggal walaupun agak nyilu. terima kasih atas doa kalian. ✨