Nak tips hilangkan ketulan bengkak susu.

Salam, boleh tak bagi tips hilangkan ketulan bengkak susu. Guna tuaman sejuk atau panas ye? Dah try both dan mandi air panas , marmet dan direct feed baby tapi ketulan masih ada. Method tuaman saya tu salah ke? Baby fasa sedang tumbuh gigi sekarang, double pain bila baby gigit. 😵#firstmom

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

kena kerap tuam dgn air suam hingga ketulan tu hilang..mmg take time nk hilang kena rajin tuam..lepas tuam blh trus susukan bby nnti blh kurangkn bengkak..mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin

Tuam sejuk > Tuam panas > DF/marmet. Ulang step ni sampai ketulan tu surut. Tapi kalau awak tak reti dan bengkak tu berlarutan beberapa hari, pergi klinik ya.

Kerapkan tuam sejuk dulu then tuam panas then df. Sambil tu selawat urut2 breast tempat ketulan tu. Kalau dah berhari tak jalan, refer doctor ya

kalau ikut petua , daun sihir layurkan kat api gas lekapkan dekat breast pastu pandai baju dalam untuk ampu . boleh jugak pakai kobis bulat ..

Baru ja kena baru ni lepas baby lahir. Sy tuam dgn ais batu, pastu dgn air panas suam. then bf baby. Alhamdulillah lama2 hilang sbb baby sedut

cara yg paling berkesan untuk saya: guna sikat rambut yg 1 baris gigi rapat. tolak slow² ketulan tu guna sikat sambil pam/df anak

2t trước

Betul, dlm pantang sy ada ketulan ni dkt ketiak.. sy urut dan sikat kat bahagian ketulan tu slow2..lama2 dia pecah dan mengecil.. boleh try berurut juga

tuam panas/suam dan urut bahagian ketulan, perlahan dengan pusingan satu arah. kalau masih sama, please gi pakar...

blh amik supplement lecithin jgk.. sbb dia cairkn lemak.. tp bila dh xde ketulan, stop mkn.. mkn bila perlu saja..

2t trước

hi semua, saya owner post ni. Terima kasih untuk semua tips nya. Sangat membantu. Alhamdulillah, ketulan dah tiada. Saya buat semua tips.Apa yang saya buat ialah, saya tuam dengan cold breast relief thermopad->bersauna/bertangas whole body ->semasa bertangas tu buat circular motion massage di kawasan berketul sambil ke arah nipple dan urut guna sikat rambut-> marmet. Ulang sampai ketulan hilang. Habis bertangas/sauna tu, ketulan trus hilang. Lepas mandi, trus directfeed baby. Harap2 membantu untuk mommies yang ada masalah sama.

tuam sejuk legakan sakit, tuam panas lancarkan aliran

Influencer của TAP

Kalau masih ada, buat pemeriksaan dgn doktor