6 Các câu trả lời
wasalam sis. Saya bersalin eczer 25/7. Tanpa diberi tengok anak wlu sekilas, terus dibawa ke nicu sbb nafas laju sgt - jangkitan kuman pada paru2. Dr on antibiotik dos rendah & tube oksigen size besar kat hidung, tak okey juga. Tiap2 pagi, Dr pakar cuba buka tube oksigen, tapi baby saya tak boleh nafas sendiri. After that, Dr ubah pada antibiotik dos tinggi, baru lah baby stabil sikit, tukar tube oksigen size kecik. Bila kuman dah fully hapus dari paru2, baby boleh nafas sendiri tanpa tube, baru lah nicu call kata boleh ambil baby balik rumah, alhamdulillah. 10 hari baby di nicu. Saya sedih tapi fikir je positif, baby dijaga oleh ramai nurse yg sayang dia & pakar yg pantau baby. Ibu cuma rehat, healing kat rumah, fikir aku sihat, baby pun sihat nanti. Banyakkan berdoa. InsyaaAllah baby akan okey, Cuma ambil sedikit masa je. Sabar ya ❤️
Sy bersalin czer 23/7/23, lps je baby dikeluarkan sy hny dgr dia menangis je tanpa tgk baby sbb diorang terus bwk ke nicu. On antibiotik 5 hari, pakai tube oksigen dgn baby minum susu melalu tiub. Sy tgk baby hari kedua. Nak kata sy sedih tgk baby berwayar tu tak rasa lgsg sbb sy gembira tgk anak sendiri wlpun masa tu dia nafas dgn pertolongan wayar oksigen. Bila kita sedih, hari hari akan sedih so no point utk sedih dpn anak sendiri. Sentiasa positif je, insyaAllah anak awk boleh discharge nty.
Wasalam sis. Anak sy dr 2nd day kena masuk nicu sbb oxygen drop n jangkitan kuman. Nafas pon laju. Kesian tgk baby kena masuk oxygen dgn drip. Dr monitor n masuk antibiotic utk 5 hari. Alhamdulillah lepas tu sihat bole balik rumah. Seminggu sy pantang baby kt hosp. Sis kena kuat semangat. Hari2 doa utk anak sis. InsyaAllah semua ok. Sis kena fikir anak sis dijaga elok nurse n doktor. Anak sy skrg dah ok lepas masuk antibiotic tu.
Anak first sy kena tahan berbagai-bagai wad dulu. 14 hari, keluar then kena tahan semula. Air mata ni jangan cakap la. Then anak kedua pun sama. Kena warded jugak. Tapi dah ada experience so kuat sikit. Positifkan diri yg Allah nak kasi ibu recover and rehat dulu sebelum ada baby. So, keep positif, rehat betul2 and jangan fikir sangat. Baby in a good hand. Ramai orang tengokkan.
Insyallah doc nurse banyak yang jaga dekat sana. sis kena kuat semangat. Pantang & kuatkan diri dulu. Saya alami perasaan anak kena masuk dalam nicu lepas bersalin. Mula-mula jangkitan kuman dalam paru-paru. Lepas dah okay kuning. Lepastu usus bengkak baby keep muntah. Dia kena puasa 5hari. Sis jaga diri ye. Saya doakan baby sis cepat sihat 😊
Anak sya bru lps discharge kuning, lpas tu kena msuk nicu pula 😔 apa pun trima kasih atas doa nya sis
Anak sy pun penah di NICU.. ibu2 boleh ye pergi hari2, xkisah time, utk menyusukan baby, ataupun awk try call tnya dulu,
Sya xboleh melawat, sya cuma boleh call untk tanya keadaan anak 😔
Ira