Sedih , stres , serabut “)

Sajalah nak share kat sini luahan hati huhu. Anak saya 6 months 24days dah suap makan dah. Anak saya ada eczema jadi bila time nak suap makan memang saya cerewet bab pilih makan dia. Yang nak diluahkan disini mil saya suka hati je nak suap baby macam macam. Nak dijadikan cerita 2 hari lepas kami breakfast di hotel , dia suap baby dengan telur separuh masak then apa lagi muntah balik lah. Sampaikan lesu baby saya. Kalau setakat nak bagi rasa saya tak kisah tapi suap baby macam nak bagi makan terus. Then selang beberapa jam badan baby naik alergik. Sedih saya tengok keadaan anak saya. Yang sedih lagi hujung2 dia salahkan saya sebab tak bawak ubat gatal yang makan punya. Saya once baby dah tak gatal memang saya stop ubat ubat ni. Sebab sebelum ni baby ok je takde masalah pun duduk dengan saya. Dia buat aku rasa macam aku ni gagal jadi seorang mak. Untuk makluman , saya seorang yang pendiam tambah pulak tak berani nak direct. Kalau saya direct mungkin bahasa yang keluar dari mulut saya kasar. Ya saya tahu ini cucu sulung sama juga dengan saya , ni anak sulung saya”) entah lah terasa macam gagal je jadi seorang mak. Aku tak layak ke jadi mak? Sampai satu tahap aku dah rasa macam tu bukan anak aku. Tujuan luah kat sini sebab i need a support. Kata kata semangat dari semua mommies2 dalam ni.

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya faham perasaan anda yang sedih dan stres. Memang tidak mudah untuk melihat anak mengalami masalah kesihatan seperti eczema. Jangan risau, anda bukanlah gagal sebagai seorang ibu. Setiap ibu pasti menghadapi cabaran dan anda sedang berusaha dengan sebaik mungkin untuk anak anda. Mungkin anda boleh cuba berbincang dengan suami atau ahli keluarga lain untuk mendapatkan sokongan dan nasihat. Selain itu, anda juga boleh mencari bantuan dari pakar pediatrik atau doktor kulit untuk mendapatkan panduan yang lebih tepat berkenaan pemakanan bayi dengan eczema. Jangan terlalu keras pada diri sendiri dan jangan biarkan kata-kata orang lain membuat anda merasa rendah diri. Anda adalah seorang ibu yang berusaha sebaik mungkin untuk anak anda. Semoga anda dapat melepaskan stres dan mencari penyelesaian yang sesuai untuk anak anda. Anda tidak sendirian, kita semua di sini untuk memberikan sokongan kepada anda. Semangat, ibu! https://invl.io/cll6sd8

Đọc thêm

Saya pun introvert tp kalau bab anak auto jadi extrovert. Saya akan rasa gagal kalau saya tak suarakan demi protect anak. Believe me kalau hanya berdiam, your mil akan suap benda lain pulak. Saya serik jadi org yg tak berani. Sebab bila nampak sgt kita tak berani, org boleh buat suka2 hati dia sampai buat kita down. Dia fikir dia boleh conquer minda kita sampai kita takut. Org yg buat kita, tp kita pulak yg serba salah gila2. I know what it feels like. 12 tahun dah umur anak sulung saya. So kalau taknak merana lama2, do something. Kalau tak nanti anak pun tengok kita as mak yg lemah

Đọc thêm

Faham sis, saya pun introvert. Anak plak jenis mesra je dgn semua org. Btw anak saya 6bln 19 hari. Saya risau jugak diorang asyik main dgn baby smpai takde masa budak tu nak tido. Apa saya buat, saya konon2 mcm ckp dgn baby. Tapi sebenarnya tuju dkt diaorng tula. Mmg saya ulang banyak kali smpai diorng faham. Untuk part rasa "mcm gagal jadi mak" pun saya pernah rasa. Bila terdetik je mcm tu, cpt2 cakap dlm hati baby ni amanah Allah. Kalau saya tak mampu Allah takkn kurniakan baby ni dkt saya. Gituu. Sis jgn rasa down ya. Sis dah buat yg terbaik untuk anak. Big hugs~

Đọc thêm