Sambungan luahan haritu.....

Rentetan daripada luahan saya haritu..(lihat gambar) Nak dijadikan cerita Saya terbaca whatsapp MIL kepada husband saya "Kenapa dengan bini awak tu" "Semua mak buat semua tak kena" "Pandai sangat ke dia" "Kalau pandai sangat biarlah dia jaga baby sorang-sorang" "Mak dah malas nak datang rumah" "Taknak makan ikan haruan kan? Takde la mak kena penat-penat cari. Mujur lah" "Kesian baby tak dapat jumpa nenek dia" Apa lagi.. menangis la saya.. merayu minta izin husband nak balik rumah mama saya.. Saya minta dia beli susu formula dan botol susu.. kat rumah mama saya nanti saya marmet dan perah je kalau bengkak. Maksudnya saya bercadang nak tinggalkan bayi dengan dia.. Husband saya pun dah berair mata dia kata dia tak sanggup berjauhan dengan saya.. dia peluk saya dia kata jangan macam ni sayang.. jangan tinggalkan saya.. kita jaga baby sama-sama k.. Sepatutnya saya yang cakap ayat tu. Saya yang patut makan hati sebab semua yang saya buat semua tak kena di mata dia. Saya nak beranak kat hospital tertentu, tak kena. Ditengkingnya saya depan semua orang. Nak berpantang kat rumah yg saya beli sendiri, dimarahnya saya depan adik-beradik dia yang lain. Nak upah CL supaya tak susahkan dia dan anak dia, dikatakan membazir Nak makan biskut kering cicah air, dikatanya tak sesuai untuk orang pantang. Taknak makan ikan haruan, dia kata saya memilih. Taknak bagi anak minum air kosong, dia kata saya "salah belajar" Taknak ajar guna botol susu lagi, dia kata saya memandai nanti susah nak ajar bla bla bla.. menyusu badan ialah hasrat saya sebagai ibu, bonding time dengan bayi saya.. biarlah saya menyusu badan at least selama sebulan.. Tak pakaikan bedak kat anak, dia kata saya nak biar anak busuk. Bayi baru lahir ni wangi kot. Saya pakaikan lotion sahaja. Tu pun sikit sangat takut jadi apa-apa. Bedak tu saya tak prefer letak kat baby.. Nak pilih nama panjang sikit (3 nama), membebel cakap nama ayah dia pun panjang nanti susah tulis nama. Anak saya niiiiiii ikut suka saya laaaa bukannya ejaan dia pelik sangat pun. Saya beli barang online guna alamat kedai dia, dia membebel cakap saya kuat shopping takut ada orang dengki (sebab saya bergaji besar). Padahal saya shopping barang baby sebab bila anak dia nak bawa saya keluar beli barang-barang dia bebel jugak. Lebih baik saya beli online. Lagipun saya tak petik satu sen pun duit dia dan duit anak dia. Tungku pun saya beli sendiri. Mana ada mengharapkan orang sponsor pun. Saya manjakan suami saya dengan beli macam-macam kat dia pun dia bebel cakap takut ada orang dengki. Saya tak guna langsung duit dia. Benda seremeh itu pun tak kena di mata dia. Jadi saya dah mula guna alamat rumah saya sendiri.. rumah ni rumah baru.. taktahu lah macam mana posmen nak jumpa rumah ni haha Kalau nak cakap macam tu saya pun boleh cakap. Semua tak kena. Semua nak kena ikut tekak dan cara dia. Saya ni bukannya budak-budak. Umur saya dah 31 tahun saya tahu mana baik dan buruk. Masa mengandung lagi saya dah banyak buat bacaan. Saya dah banyak baca kat group ni. Saya juga banyak bertanya orang lain. Lain ibu lain cara didikan dan bawaan dia. Biarlah. Tu hak dia. Faham la cucu dia dan saya kahwin dengan anak dia. Saya kena hormat dia. Tapi kalau semua benda tak kena lebih baik saya mengalah dan putus asa sahaja. Saya penat hadap semua ni. Rasa nak teguk racun je kadang. Harini dia tak datang rumah, kami laki bini urus bayi dengan tenang sangat. Ada la meragam tapi kami dua ok sahaja. Penat layan tetamu lebih penat daripada penat jaga baby. Saya pun lepas menyusu saya dapat tidur sejam dan bangun lagi untuk susukan bayi. Leganya dapat tidur dan rehat walaupun sekejap. Suami saya pun tak kalut dan dia sempat tungku kaki saya semalam. Saya pun sempat mandi lama-lama sikit sebab takde tetamu kan. Susu bayi pun saya boleh bagi lebih kerap. See kalau dia banyak membantu kenapa bila dia ada kami dua rasa penat sangat? Penat sebab dengar dia bebel itu tak kena ini tak kena. Dia tak faham-faham.

Sambungan luahan haritu.....
37 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya harap mil sis terus tak dtg rumah. Biarlah kalau dia terasa pun, asalkan sis dan keluarga kecil sis tenang, aman damai. Lebih bahagia macamtu. Semoga sis lebih tenang lepasni. Jaga anak sangat mudah kalau takda campur tangan org luar. Sebab setiap keluarga ada cara didikan masing2. Saya setuju setiap tindakan sis. Bedak memang tak elok utk baby.

Đọc thêm
10mo trước

Betul. Bila dia tak datang untuk bebel-bebel memang saya rasa sangat tenang 😅 susu badan pun sampai melimpah menitik.. saya pun dapat practice cara bedung, tukar pampers dan menyusu dengan betul sebab rasa tenang

hugs siss... sy fhm perasaan awk..mentang2 kita ibu muda, dianggap bodoh. itu anak awk dan hak awk. jgn tinggalkan ank dan suami. jgn bg suami rasa serba salah. kalian kena bersatu dlm situasi ni. ni semua sekejap je. kesihatan dan kesejahteraan ank yg utama. doa banyak2 supaya dilindungi daripada benda2 yg merosotkan kesihatan dia.

Đọc thêm
10mo trước

Betul sis. Saya rasa bersalah kat suami sebab buat dia rasa serba salah 😔 Saya dah minta maaf kat dia.

i feel you sis. penah bab bg minum air kosong tu sampai bertekak lah mentua dgn suami. mujur suami backup. sy buat tak dgr je tiap kli mentua bebel. emm nak lawan mulut mmg malas la. sy masih hormat dia as mak. so, mana yg menyakitkan hati mmg sy masuk telinga knan, keluar telinga kiri je.

Macam mil kita jugak. Padahal saya dah amek CL. Tp tetap mil nak dtg jaga. Memang kne tadah la semua benda tak kena. Lepas tu sibuk bercerita dekat menantu2 yg lain. Nasib baik kita hati kering, jenis malas nk gaduh, malas nak layan.

10mo trước

Bestnya boleh ambik CL.. Saya lepas dia tahu je plan saya tu terus dia tengking-tengking Konon CL taktahu jaga orang berpantang Dia pun bukannya datang jaga saya sangat Bila dia datang pun bukannya tengokkan saya Dia duk sibuk bebel pasal kami suami isteri tak pandai urus bayi 😩 Bebelan dia tu adui sakit telinga Saya rasa kalau ada CL, CL tu pun akan dibebel sekali semua serba tak kena Kalau taknak jaga saya sangat baik izinkan saya ambik CL je

rasa naik darah lak sy bca sis.. geram sgt dgn mil sis, semoga sis kuat tabah utk ank sis ya.. sy fhm keadaan sis, yg pnting kena kuat kn mental wlupn rsa da x mmpu.. utk anak kn🥰 doa yg baik je spya dia berubah..

nasib org dpt mil berbeza kan.. nasib mil Aku xbanyak songeh.. biskot Milo dia BG makan... ahahahah xde stress dgn mil.. xbanyak bebel.. semoga sis2 semalam Allah Jaga mental health kalian.. leh meroyan ooooo

big hug❤️. priority diri awak dulu. buat apa yg awak rasa terbaik. yg mana awak rasa xkena dan tak betul awak tegakkan. contoh mcm bg baby minum air masak. utk mmg sah2 xboleh. then awak fight.

10mo trước

saya doakan urusan awak dipermudahkan. semoga awak terus kuat okay🌻❤️

Allahu sedihnya baca semoga awak diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan awak ye, kalau boleh jangan la ditinggalkan anak tuh kesian dia sedih berjauhan dari ibunyaaa

10mo trước

setuju dengan sis @anon. ajak mak datang duduk sekali dengan awak time pantang ni. kalau risau susahkan mak, jangan minta mak jaga pantang. cakap saje2 je nak mak dekat, boleh tengok cucu selalu. cuma supaya MIL awak tak berani nak macam2.

Dia sebenarnya takleh berenggang dengan anak lelaki dia je sebenarnya. Apa2 menantu dia buat semua tak kena. Eyy laa aku 😌😌😌

10mo trước

Memang pun. Anak2 dah kahwin pun sibuk nk mengganggu.😂 bagi lah anak bini tu hidup tenang. Ini tidak,tiap2 bulan datang menumpang rumah anak2 sampai berminggu2. Aku dah la turn off dgn mil aku tu dari sblm kahwin lg. Tumpang pulak rumah aku lama2,memang kesian la. Sbb aku tak masak🤣 aku basuh baju baby pun dia nk pertikaikan.”awalnya basuh baju baby” awal menda dalam perut ni dh 7bln.🙄 bju baby bnyk beli dlm online pun dia menyibuk. Dia kata online murah sbb dr cina. Excuse meee, dalam online pun ada local n mall okayyyy🤣🤣 bitter betul dia tu.

siannya awk sis... tulah kan dlm pantang nk rehat² makin serabut.. semoga dpermudahkn segala urusan awk tau🥰

10mo trước

Thank you sis. Saya tengok wajah anak saya, saya nak cuba teruskan hidup. Saya nak tengok dia membesar. Saya nak suapkan makanan untuk dia, saya nak bercakap dengan dia. Susahnya tapi saya taknak give up lagi.