Dilema puasa ke tak

Ramai yang bertanya saya boleh puasa ke kalau saya pening, muntah, tak larat dan sebagainya. Ada yang lagi parah, siap muntah darah, pening sampai nak pitam, perut kerap mengeras, baby tak gerak. Ibu ibu sekalian, kalau ibu ibu rasa kalau ibu ibu puasa tapi boleh mendatangkan kesan buruk untuk anak dalam kandungan, ibu ibu boleh je berbuka puasa. Ikut badan sendiri, tak perlu tanya pendapat orang lain. Kalau orang lain jawab, "takpe ibu teruskan je puasa, benda tu normal etc", ibu pun teruskan jela puasa walaupun ibu rasa tak sedap hati dengan kandungan. Bagus untuk ibu ibu yang boleh puasa seharian tanpa ada masalah. Ada jugak ibu ibu yang paksa untuk berpuasa walaupun sedar diri tu tak berapa larat sampai pening, muntah. Ya Allah ibu??!! Kenapa nak berpuasa sampai paksa diri tu. Nak tunjuk hebat ke? Ibu ibu kesian la dengan baby dalam kandungan ibu. Islam itu memudahkan. Puasa boleh diganti, baby dalam kandungan tu tak boleh diganti. Baru hari kedua puasa, dah ramai bertanya benda yang sama. Agaknya sampai habis puasa la kan ibu ibu ni akan bertanya 😅 walaupun dah tau jawapan tu sendiri. Tak marah pun, teguran sikit je tanda sayang. Selamat berpuasa ibu ibu !

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kan! geram tgk soalan² org tnya, tak salah nak tnya tpi soalan tu tak cerdik yee tahu 1st mom, sy pun 1st mom mmg niat dr awal taknak puasa dan akn ganti puasa & byr fidyah akn dtg. Islam ni mudah jgn merumitkan. Kalau puasa, dag rasa something tak kne dgn bdn / bby sila berbuka, mana yg kerja tu kalau puasa skli pun extra lah bwk air dlm bag. Hmmmmm Bg ibu2 preg nak puasa, puasa lah smpai mana tahap kemampuan bdn if tak tahan jgn lah paksa diri, cakap serba salah lah dah puasa smpai pkl 2 ke 12 ke 6 je syg nak buka. hmmmmm syg nak buka atau pun diri tak kesian kat anak dlm perut. puasa boleh ganti & bayar fidyah. Ank tu tk boleh ganti. hmmmmm kadang tah tak faham... Bukan tak suka org tanya² pasal puasa ni. Dah tahu jawapan kan? so kenapa perlu susah kan diri. Ustaz dah ckp bila kita puasa kita risau dekat anak dlm perut tu, auto puasa kita tu sia sia ye (makhruh) kalau kita yakin anak ok kita puasa pun insya allah di terima. Rajin² google. done bebel hahahahahahaha

Đọc thêm
2y trước

byk dgr bila puasa mmg bby ad mslh.. nk mencuba xslh.. jgn smpai memaksa kan.. xde nk dibangga kn pn dpt puasa mse preg klo blh mudaratkan diri/bby..

true! even awak first mom pun sebenarnya ni semua ikut diri masing ii. sebab badan orang lain ii kalau tak larat apa semua depends on diri kita sendiri sebab kita je rasa. sama juga gerakan baby hanya diri kita je tahu condition baby kita sama ada okay atau tak. Kalau awak risaukan baby, jangan teragak ii nak berbuka. sama juga kalau ada simptom pening apa semua jangan buang masa awak nak kena tanya & tunggu jawapan dari orang lain. islam tak membebankan kita pun, if you larat just go on. If not just stop. Jangan fikir lagi dah about nak ganti puasa & so on. semua tu tolak ketepi demi keselamatan awak & baby. no hate 🥰

Đọc thêm

Betoi tu sis. Sy pom masih tk kemmpuan nk berpuasa.. Hari pertama bthan smpai kol 2, badan jd hypo, mengigil, dahaga sgt2, hari ke 2 bertahan smpai kol 4 shj, baby dh byk kali gerak tp still nk pose kol 3 Gerak2 kan baby, dia xnk gerak merajuk agakanye, buka la pose bru la rasa dia aktif menendang ...kdg2 badan kite ok tp baby xok... Kesian dia menendang, mengeras tanda lapar.. Jd kite kena berbuka.. Hari nie pom masih cuba berpuasa juga, Hrp2 baby blh tahan.. Tp xdpt pom xpe... Blh gnti pose.. Sekadar mencuba.. 😁 #week29

Đọc thêm

I like it..yeahh kan setiap kali check up pun nurse akan nasihat, doctor pun tanya kesihatan kita pasal puasa & condition badan. Kadang rasa yang bertanya soalan sama ni tak study dulu ke similar question yg ada dalam ni..punya berlambak. dah nak jadi ibu² ni kena la rajin ambik ilmu sikit. nanti dah lahir anak, lagi banyak ilmu parenting nak kena belajar. tu belum diuji anak ada masalah speech delay ke autism etc. Sebaiknya soalan common ni mcm tak perlu dah nak ulang tanya kan. 😁

Đọc thêm

saya first mom juga, usia kandungan baru nak masuk 7week, setakat harini masa 1st day je saya dapat full puasa sampai buka, tapi lepas dari berbuka tu saya dah rasa lain badan, rasa ketat nak bernafas + muntah, 2nd day puasa semula tapi pukul 10 dah tak boleh tahan, so berbuka ke, harini pon sama, puasa macam biasa tapi 10.30 dah rasa pening2 dan terus berbuka, so in shaa Allah saya akan cuba je untuk puasa setiap hari tapi kalau badan dah tunjuk hint lain, saya akan terus berbuka

Đọc thêm

sy first mom. tahun ni 1st puasa.. ari pertama sy try puasa tp smpi kul 12 je. lepas tu sy pening sy buka je terus. ni da ari ke 3 sy da x puasa. sbb sy sedar bdn sy x mmpu . takut jugk sy nmpk ok kat luar tp ank dlm kndungan berisiko. suami pun ckp xpe allah tahu niat awak. awak da cuba tp x mmpu. bukn sengaja sy xnk puasa.. tp sy xleh pentingkn dri. sy ada amanah satu lg nyawa sy nk kne jg.

Đọc thêm

Pregnant sblm ni pun sy penah berpuasa, ada 1 haritu tengahari tak boleh tahan, so berbuka la. Lepas hritu sy terus tak puasa😅😂 berganti tahu tak dapat nak selesaikan, jadi byr fidyah dan tahun ni sy dapat habiskn ganti puasa masa mengandung dulu tu. Alhamdulillah

ya, saya pun cuba untuk puasa walaupun sahur tak boleh nak makan banyak2. kalau tak larat buka je, jangan lupa bayar fidyah dan ganti puasa. setiap orang ketahanan badan berbeza boleh follow dr imelda balchin kalau nak tahu tentang panduan ibu mengandung berpuasa.

dulu pn sya first time prgnt tpi sya tk tnya org ..sya cri ilmu tngok google kburukan bila ibu mngndung bpuasa sngt bnyk jdi sya pn tk bpuasa sya gnti blik puasa sya..sbb sya sngt rsau ksihatan sya dngn ank jdi sya cri ilmu sndiri klau btul2 tk fhm bru sya tnya

Ya betul. Bukan kita memudahkan, mmg dh diberi kemudahan. Tak kira trimester ke berapa. Pemakanan ibu akan ada kesan pada bayi. Islam dah bagi rukhsah. Rukhsah tu hadiah. Jangan tamak dalam ibadah dan sombong dengan hadiah.