Puding Caramel baby version.
(Beronggga sikit sebab saya lupa sebenarnya kena blend semua bahan supaya tak bubbly kalau nak dapat hasil yang smooth?)
Bahan-bahan:
Telur 4 biji
Puree Kurma secukup rasa
Fresh Milk/Full Cream Milk 250ml
Air Pandan 75ml(buat pekat pekat supaya warna cantik)
Air 75ml
Untuk Gula Caramel base, sy cairkan puree kurma dgn air panas sahaja.
Cara-cara:
1. Masukkan telur,puree kurma,fresh milk dan air pandan dalam blender. Blend sesedap rasa?
2. Masukkan base air kurma ke dalam bekas yang anda suka (saya guna muffin punya bekas yang disposable). Baru tuangkan hasil blend tadi.
3. Sediakan periuk pengukus. Kukus dalam loyang selama 45 minit api sederhana.
4. Dah siap kukus,sejukkan dalam peti ais. Siappp?