"Kalau tak pam macamana nak tau anak dapat susu cukup".. "Kalau tak pam macamana susu nak banyak?"

Puan2, nak tentukan anak dapat susu cukup atau tak bukan bergantung pada berapa banyak susu yang anda mampu perah..tp dgn izin Allah anak akan dapat susu yang cukup bila anak tunjukkan tanda :- . 1. Lepaskan sendiri puting ibu dan tertidur 2. Berak dan kencing seperti biasa 3. Warna kencing jernih dan tidak keruh seperti air teh 4. Ubun ubun nya tak melekuk 5. Ada kenaikan berat selepas sebulan dilahirkan 6. Anda dengar anak menelan 7. Anak menyusu hingga tertidur dengan tenang . Anak seakan mau menyusu tak henti2 itu bukan tanda susu anda tak cukup ya puan2..itu fitrah semulajadi seorang anak manusia yg Allah swt bekalkan bersama naluri hisapan yang tinggi di peringkat awal kerana ia sebenanrnya cara seorang anak membantu ibu membanyakkan susu secara semulajadi.. . Sebab itulah jika anak sudah menyusu kerap anda tidak perlu ada Jadual Pam sepanjang waktu pantang sebaliknya fokus dengan demand anak terlebih dahulu..target kenaikan berat semaksimumnya selagi ada masa puan bersama dgnnya sepanjang waktu cuti bersalin..jika anak sudah kenyang tp breast masih berat dan bengkak bolehla perah utk kosongkan breast..apa pun beri keutamaan pada anak terlebih dahulu ya.. . Moga berjaya! . Salam Penyusuan Susu Ibu dari Saya.. LC Fazi ❤️

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

ànak minum sikit x sampai 1 minit terus tidur dekat payudara kita. dah lap dengan air,geletek pipi, telinga, kaki semua dia x nak bangun. macamana? yg tek sblh kiri dia meraung² x nak kalau bagi. jadi payudara sy x sama saiz. sebelah je yg ada susu, yg sblh lagi tu sikit x sampai beberapa titisan... blh bantu masalah saya ni?

Đọc thêm
Influencer của TAP

👌

👍