hi korang, boleh tk share pengalaman korang buka buku pink, ap prosedur dia.. sy first mom,

prosedur buka buku pink

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Dapat tahu pregnant masa usia kandungan 5 weeks. Hari yang sama terus pergi klinik swasta untuk pregnancy confirmation. No scanning sebab masih terlalu awal. Suggested first scan 8 weeks and above. Doktor confirmkan dengan UPT dan bekalkan vitamin. Esoknya terus call KK untuk dapatkan tarikh temujanji. Saya dapat tarikh untuk 11 weeks sebab fully booked. Nurse suruh bawa IC, sijil nikah, bil air/elektrik. Itu sahaja. Hari temujanji: - Check air kencing - Ambil bacaan bp - Ambil darah untuk bacaan HB dan blood group - HIV test suami dan isteri - Timbang berat badan - Ukur perut - 1st scan tengok baby😊 Kesimpulannya, terus call KK berhampiran anda untuk dapatkan tarikh temujanji dan jangan lupa tanya nurse apa yang perlu dibawa.

Đọc thêm

ini apa yg sy buat, tak semua sama, lain org lain cara & pengalaman 1. sy cari dulu kk yg terdekat & yg cover kawasan tempat tinggal sy 2. kemudian sy tanya kk tu, apa yg sy perlu buat & bawa utk buka buku pink, nanti kk akn bgtahu in detail 3. kemudian minggu ke 7, sy pergi scan utk confirmkan sama ada kantung dlm rahim atau tak, bila doc confirmkan ada heartbeat & kantung dlm rahim. 4. next day, sy pergi kk yg terdekat tu, tnjuk gmbr scan, dan bg detail diri, dan nurse kk tu akan ckp dia akn kol dan bg tarikh appointment utk buka buku pink & nurse akan bgtahu dokumen apa yg perlu bawa lain kk lain permintaannya, sis kena rajin bertanya ya :)

Đọc thêm

Sy bukak buku 10w haritu . Bawak pengesahan mengandung dari mana ii klinik swasta/kerajaan . Kalau takda . Dia suruh ulang buat kat kk (hari yg sama). Bil api , sijil nikah ,ic suami, sijil covid , kena bawak suami jugak untuk check darah . Then test air kencing , amik darah , timbang , pakai baju dgn sluar yg senang nk bukak untuk first booking . Sbb senang nurse nak check smua . Jgn pakai dress . Jumpa doc , scan , amik ubat balik . Alhamdulillah sy tak kena minum air gula . Bawak air masak . Sbb akan jadi lama untuk first booking . Goodluck sis. Semoga dipermudahkan Btw sy walk in ja . A bit longer . Tapi its okay rumah depan tu ja .

Đọc thêm

Sy kk sini kene booking dlu siap buku pink baru lah dia call suh dtg terus chekup perut … first sblm p kk esokkan tu kene puasa dlu mlm tu jam 10mlm esok kn kene g kk sbb kene minum air gulaa first ambik drh br minum gula alhamdulilah sy chek ok semua chek perut pun wktu tu 9w5dys baru ni sy pun first mom.. awk kene byk bertanya misi dan doktor tp kalu nk lebih senang call terus je kk berdekatan nge awk ..

Đọc thêm

klau tmpat sya..g klinik kk buat upt test(kos rm31) dpt surat pngesahan pregy.trus ke klinik desa untk buka buku pink. nty nurse kd akn bgi trikh untk ambik darah suami isteri.dgn munm air gula. (ikut week kdungan sbb sya dh 9week jmpa dc) dgn urin test dan jmpa dc.. bwa ic kad kawen.alamt tmpt krja suami isteri.dgn kad cucuk vaksin dlm fon (jgn lupa update)

Đọc thêm

Saya buka buku mse 9w . Nurse check berat, ambik darah , air kencing . Then jmpa doktor untuk scan. Lpastu siap. Tggu je next appointment yg nurse tetapkan .

rasanya btter awak tnya mmber2 yg penah buat kt kk yg awak nk p. sbb stiap kk lain2 cara jugak