2 Các câu trả lời

Hi, Puan. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan Puan. Dapatkan sokongan dan bantuan daripada suami dan anak anak. Saya cuma nak kongsikan pengalaman sebagai seorang anak apabila mama saya disahkan mengandung anak ke-5 pada usia beliau 40 tahun. Alhamdulillah saya yang sulung masa tu baru habis SPM. Saya sendiri tengok masa mama dapat tahu mengandung lagi, beliau in shocked, menangis sebab rasa tak mampu nak harungi. Waktu tu papa dan kami adik beradik sentiasa bagi sokongan fizikal dan moral untuk mama. Tambahan pula, mama kategori high risk pregnancy disebabkan faktor umur, low hb, GDM. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, lahir lah adik bongsu saya. Saya dan papa yang uruskan mama dan adik semasa pantang. Maaf kalau perkongsian saya ini tak membantu Puan. Apa yang saya cuba kongsikan dapatkan lah sokongan dan bantuan daripada suami dan anak anak. InshaAllah ❤️

Saya 37, now pregnant anak ke-6.. 2x gugur sebelum ni. Alhamdulillah, kalau Allah dah bagi, mmg Dia akan mampu kan kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ya sis.. Aamiin 🤲

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan