2 tahun 3 bulan full breastfeeding : Tiba-tiba susu bengkak sebelah.
Petang tadi dah rasa bengkak. Ingatkan lepas anak direct breastfeeding, akan OK lah nanti. Tapi ni dah tengah malam... uii sakit. Dah letak ice pack untuk legakan.. Dah urut dan marmet, keluar sikit je. Ni guna milk collector sambil layan TAP. Tengoklah nanti selepas 15 ke 30 minit guna milk collector ni. Memang nak wean off 2 tahun genap, tapi anak belum bersedia nak wean off. Adakah bengkak susu ni salah 1 progress penghasilan susu kita berkurangan? Ini kali ke2 sakit bengkak susu. Kali pertama kena masa malam hari discharge drpd wad bersalin.