SILA KEMAS KINI ALAMAT DAN EMEL DI PROFIL ANDA.
Perhatian kepada pengguna kami yang tersayang. Kami dari pasukan theAsianparent ingin memberi peringatan kepada semua pengguna supaya mengemas kini profil aplikasi anda. Hal ini kerana, untuk penebusan ganjaran bagi barangan berupa fizikal, kami memerlukan alamat surat menyurat anda yang sah dan terkini. Ada segelintir pengguna memberikan alamat yang tidak digunakan lagi atau tidak menukar alamat yang baru setelah berpindah. Perkara seperti ini akan menyukarkan pihak kami untuk melakukan proses penghantaran, terutamanya jika barang tebusan dihantar ke alamat yang salah dan bukan yang terkini. Selain itu, kami juga berharap anda dapat memberikan alamat emel yang sah di dalam aplikasi. Alamat emel ini sangat penting terutamanya apabila anda menebus ganjaran yang berupa kod unik ataupun ‘direct link’. Sekiranya emel yang anda nyatakan di dalam aplikasi tidak sah, ini akan menyukarkan pihak kami untuk menghantar ganjaran yang telah anda tebus. Bagi memudahkan kedua-dua belah pihak dan proses pengeposan barang ganjaran(fizikal), kami menyeru untuk semua pengguna mengemas kini profil anda terutamanya ALAMAT SURAT MENYURAT, ALAMAT EMEL YANG AKTIF & NO TELEFON. Sekiranya anda tidak mengemas kini profil aplikasi dan terjadi masalah-masalah seperti salah penghantaran, tidak mendapat emel lanjut mengenai ganjaran dan sebagainya KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG-JAWAB ATAS APA YANG BERLAKU. Jadi, apabila anda ingin menebus apa-apa ganjaran di aplikasi theAsianparent, pastikan anda telah mengemas kini profil anda. Tolong beri kerjasama dan pihak theAsianparent berharap semua pengguna ambil perhatian dengan perkara ini. Salam sayang, Team theAsianparent Malaysia
Mother of 6 curious superhero