Kepentingan Kerjasama Dari Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Badan

Penyusuan badan mungkin kelihatan ringkas pada sesetengah orang, namun hakikatnya ibu menyusu memerlukan sokongan khususnya dari pasangan. Salah satu sebab wanita menghentikan penyusuan bayi dengan lebih awal adalah kerana kurangnya sokongan dari suami. Bersempena Minggu Penyusuan Badan Dunia 2019, Royal Philips, peneraju global dalam bidang teknologi kesihatan serta penjagaan ibu dan anak, telah menjalankan kajian yang mendedahkan kepentingan peranan pasangan dalam menyokong proses penyusuan badan. Data yang dikeluarkan mendapati 81% mahukan pasangan mereka terlibat dalam proses penyusuan susu ibu, 76% mahu maklumat lanjut tentang bagaimana pasangan boleh menyokong mereka dengan menyusu manakala 8 dari 10 umumnya berpuas hati dengan sokongan dari pasangan. Kepentingan penyusuan badan tidak boleh dipandang ringan malah ia boleh memberi kelebihan yang berpanjangan untuk ibu dan bayi. Ia juga salah satu cara terbaik dalam mengeratkan hubungan bapa-bayi, dan memberikan kesan bermanfaat berpanjangan yang dibawa bayi sehingga dewasa. Ini merupakan beberapa manfaat sokongan pasangan untuk ibu yang menyusu badan: Manfaat kepada bayi -Menurunkan risiko asma dan alahan -Membina ikatan kuat antara ibu dan bayi -Mengurangkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS) -Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular pada masa dewasa Manfaat kepada ibu -Boleh membantu melindungi daripada kemurungan selepas bersalin. -Boleh mengurangkan risiko: • kanser payudara dan kanser ovari • diabetes type 2 • osteoporosis • penyakit kardiovaskular • obesiti Sempena Minggu Penyusuan Badan 2019 ini, mari sama-sama membantu pasangan dalam menjayakan penyusuan badan untuk si manja! 

Kepentingan Kerjasama Dari Suami Dalam Menjayakan Penyusuan Badan
8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Pentingnya peranan suami membantu menjaga emosi isteri yang sedang menyusukan.

Alhamdulillah suami bantu... Dia faham...

Alhamdulillah..suami sangat membantu

Thành viên VIP

suami mmg byk membantu..

Thành viên VIP

Alhamdulillah suami supportive.

Penat bf ni. Husband kena support...

Harap boleh menyusu anak sampai 2 tahun... ❤️❤️❤️

Thành viên VIP

Betul... Kalau suami tak faham, mak boleh stress. Huhu