#TAPx59S

Pengalaman, tips dan cara menyusu bayi. Part 2 Setiap perjalanan perlu ada langkah pertama. Saya bernasib baik kerana terus ada susu sebaik bersalin. Sejak menyusukan anak pertama saya mula mencari ilmu tentang penyusuan yang berjaya. Saya nak menyusu anak saya selagi saya mampu. 1. Tips pertama dari saya adalah mengumpul ilmu penyusuan. Kalau dulu, saya beli majalah Pa&Ma dan catat dalam buku kecil. Sekarang zaman teknologi, dari google, apps mahupun facebook dah mula ada group, pages yang sharing mengenai penyusuan eksklusif untuk bantu mommies. Termasuk theAsianparent Malaysia sendiri. Terima kasih. 2. Tips kedua adalah sokongan. Mendapatkan sokongan dari orang terdekat terutama suami. Ibu juga antara orang penting yang akan bagi sokongan kuat dan info-info yang berguna untuk anda. Join komuniti bagi ibu-ibu yang menyusu dan jauhkan diri dari pengaruh negatif. https://www.facebook.com/groups/Malaysiabreastfeedingsupportgroup/ 3. Tips ketiga, kenali payudara kita. Sejak dari kehamilan lagi kena jaga kebersihan payudara. Cuci puting payudara terutama di trimester akhir untuk elakkan ia tersumbat. Belajar dan mulakan urutan payudara sebagai persediaan. 4. Tips keempat, memilih dan menyediakan gajet /peralatan penyusuan yang betul. Bra, pelapik bra, pam susu, botol susu.. dll.. Dapatkan pendapat dari mereka yang lebih arif dan sediakan sebelum bersalin. Pastikan anda tahu cara penggunaan gajet, cara penyimpanan dan panaskan susu. Baca part 3 pula k..

#TAPx59S
 profile icon
Viết phản hồi
Hãy là người đầu tiên trả lời