Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang begitu jujur dan terperinci, semoga ramai ibu-ibu lain yang mendapat manfaat daripada cerita you ni. Someone in my mum group pun pernah cerita yang pengalaman dia bersalin czer di hospital kerajaan agak berbeza, wad dia panjang tapi semua ibu-ibu yang bersalin czer dikumpulkan bersama, jadi ada semangat saling sokong antara satu sama lain, which is really nice. Cuma yang perlu ibu-ibu lain berhati-hati sikit adalah risiko jangkitan luka, ada yang terpaksa luka tu dibuka semula sebab bernanah, so jaga kebersihan luka tu betul-betul dan jangan tunggu lama kalau nampak tanda-tanda tidak elok. Overall, memang betul yang pengalaman setiap orang berbeza, dan cerita you ni InsyaAllah akan bantu tenangkan ibu-ibu yang masih takut-takut hendak menghadapinya.