Baby Kami 5 Hari Meninggal Di Hospital...

Pada 5hb dis isteri saya pergi daftar masuk wad untuk bersalin... Semasa di wad doktor telah memasukkan tangan ke kemaluan isteri saya untuk memeriksa bukaan sampai darah terkeluar.... Isteri mengadu kesakitan dan meminta di masukkan di wad bersalin secepat mungkin kerana darah telah keluar.... Tetapi pihak hospital tidak berbuat demikian... Selama 11 jam isteri saya kesakitan barula dia dimasukkan ke wad bersalin....semasa bersalin anak kami menangis sperti bayi normal lain.... Tetapi isteri saya banyak keluar darah dan pengsan... Baby terbiar di wad bersalin tanpa susu.... Selepas 4 jam bersalin barula saya di panggil nurse untuk mengazankan bayi kami.... Tetapi saya perasan baby kami badan dia kebiruan... Tetapi sy tidak rasa apa2 yg tidak baik dgn bayi... Bayi kami dihantar di wad nicu level 1...semantara isteri saya menerima rawatan sebab kekurangan darah.... Selepas isteri saya masuk wad.... Dan semakin sihat... Saya bawa isteri saya melawat bayi kami untuk menyusukan bayi kami... Selama 3 hari berada di wad nicu level 1...doktor dan nurse memaklumkan kami bahawa baby sihat dan hanya memantau kuning sahaja... Tetapi pada hari isnin 9.12.2019 kami dikejutkan dengan panggilan doktor mengatakan bayi kami ada masalah kesihatan yang kritikal dan tenat... Dan bayi kami dihantar di wad nicu level 3 untuk menerima rawatan lanjut... Pada 10.12.19 bayi kami telah pergi untuk selamanya..????

51 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Allahuuu.. mana tanggungjawab nurse dan Dr?? Masa sama melahirkan anak saya 28 Nov hati tu, kebanyakkan nya DR PRAKTIKAL. Dr Pakar hanya ada pagi je. Tu pun just cakap2 periksa kejap then habis. 1 hari before sy nak beranak, ada 1 mom ni dia sakit contraction tak berhenti. Bawah tu asyik2 di kacau terus. Letak bom tak jadi, letak apa benda entaj sy pun tak tau. Byk benda masuk dkt bawah dia tu. Lepas tu, akhir sekali terpaksa caesar. Dlm jam 4 dia czer, jam 7.30 malam mcm tu baby dia meninggal dunia. Punca apa semua tak pastj. Huhuhu. Dah lagi sakit d cucuk2 tgok bukaan tak buka2, mcm2 benda d letak dkt bawah kita tu. Last czer. Belum lagi habis sakit semua, anak dah meninggal.

Đọc thêm
5y trước

😭😭😭😭

Thành viên VIP

Allahu sedihnya 😭😭 saya faham perasaan tu..sebab saya juga ada anak syurga, meninggal 45 minit lepas lahir. Tapi saya sudah jangka apa yang akan berlaku sebab saya dah tahu condition anak tak sihat sejak 4 bulan dalam kandungan lagi.. Moga encik dan isteri tabah. Saya doakan rezeki yang lebih baik lepas ni. Kita sama-sama dah ada anak syurga, inshaAllah anak itu akan menunggu kita dan tarik kita ke syurga kelak. InshaAllah. Jika ada kelapangan boleh visit blog saya tentang pengalaman melahirkan anak syurga. https://simplynoorul.com/mudahnya-melahirkan-alhamdulillah-pengalaman-melahirkan-anak-first-anak-syurga/

Đọc thêm
5y trước

Sis Reena : dari scan sis..sebab nampak bahagian dalam perut baby penuh dengan air (air kencing yang terkumpul akibat blockage) Details saya juga ada cerita di blog : https://simplynoorul.com/nikmat-adalah-satu-ujian-ikhtiar-tawakkal-redha/

Salam takziah buat baby tuan dan isteri . better buat report , pastikan tuan ada cerita penuh dan detail setiap jam , mudah urusan nak saman . saman hospital utk kepentingan masyarakat . Saya pernah saman HSB, rumit prosuder tp alhamdulillah selesai tp lepas kes sya , pengurusan hospital makin baik.

Đọc thêm

tolong la report polis. buat post mortem. saya dan baby pun hampir mati tunggu kat hospital kerajaan. bukan nk burukkan hospital kerajaan tapi workload mereka tinggi. saya doakan semoga isteri cepat sihat dan takziah buat family encik.

Takut doktor atau nurse tak terpantau keadaan baby kmu..Mcm ada yg pelik jaa..apapun kesian baby n wife encik...smoga bnyk bersabar k...Sy pun awal tahun depan akn bersalin d hsptl likas sabah jugak nnt..

5y trước

Sis Jul..kesiannyaa baby tu..😭😭

Takziah...semoga dipermudahkan urusan..mohon buat report Dan komplen.kalau ikut cerita encik ni mmg kesilapan Dan seolah2 sambil lewa...ini di hospital likas ka? Alamak..takut Pula saya Tau.

Allah takde langsung sifat perikemanusiaan, kadang² rasa takut ja nak beranak 😭salam takziah pada baby awak.. Takpe dia tunggu awak dan isteri awak di syurga nanti 😢

Thành viên VIP

Allahuu.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Semoga encik dn isteri kuat.. Semoga dimurhkn rezeki encik dn isteri.. Aminn

Salam takziah.. Anak syurga mnanti.. Smga en sekeluarga tabah mnghadapi dugaan ini.. Insyaallah ada rezeki lg slps ni

Salam takziah..Besarnya dugaan. Semoga Allah mberikan kekuatan dn ketabahan buat tuan/puan..aamiin.