Baby Kami 5 Hari Meninggal Di Hospital...

Pada 5hb dis isteri saya pergi daftar masuk wad untuk bersalin... Semasa di wad doktor telah memasukkan tangan ke kemaluan isteri saya untuk memeriksa bukaan sampai darah terkeluar.... Isteri mengadu kesakitan dan meminta di masukkan di wad bersalin secepat mungkin kerana darah telah keluar.... Tetapi pihak hospital tidak berbuat demikian... Selama 11 jam isteri saya kesakitan barula dia dimasukkan ke wad bersalin....semasa bersalin anak kami menangis sperti bayi normal lain.... Tetapi isteri saya banyak keluar darah dan pengsan... Baby terbiar di wad bersalin tanpa susu.... Selepas 4 jam bersalin barula saya di panggil nurse untuk mengazankan bayi kami.... Tetapi saya perasan baby kami badan dia kebiruan... Tetapi sy tidak rasa apa2 yg tidak baik dgn bayi... Bayi kami dihantar di wad nicu level 1...semantara isteri saya menerima rawatan sebab kekurangan darah.... Selepas isteri saya masuk wad.... Dan semakin sihat... Saya bawa isteri saya melawat bayi kami untuk menyusukan bayi kami... Selama 3 hari berada di wad nicu level 1...doktor dan nurse memaklumkan kami bahawa baby sihat dan hanya memantau kuning sahaja... Tetapi pada hari isnin 9.12.2019 kami dikejutkan dengan panggilan doktor mengatakan bayi kami ada masalah kesihatan yang kritikal dan tenat... Dan bayi kami dihantar di wad nicu level 3 untuk menerima rawatan lanjut... Pada 10.12.19 bayi kami telah pergi untuk selamanya..????

51 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Boleh saya tau berapa usia kandungan isteri semasa bersalin..takziah encik atas pemergian cahaya mata

5y trước

37 minggu 5 hari

Salam takziah en n fmly.. Semoga tabah mghadapi.. Insyaallah anak syurga menanti en n wife..

Sedihnya skrg mmg musim buat nyawa bayi dan ibu macam semut ye, Allahu minta dijauhkan 😭

Takziah encik dan wife. Moga ada rezeki yg terbaik dan syurga buat amda berdua.🤲Aamiin.

Minta pandangan patut ke saya saman ni hospital kerana cuai buat kerja

5y trước

Samalah sis Saya pn bln 4 .. semoga di permudahkan sis

salam takziah. inshaallah ada hikmah disebalik ujian ni buat keluarga encik.

Thành viên VIP

Allahu. Stay strong. Semoga segala urusan tuan dan isteri dipermudahkan. Aamiin

Minta pihak berwajib siasat encik...kes kehilangn nyawa bukn perkara main2...

Thành viên VIP

Salam takziah.. insyaAllah ada digantikan dgn hikmah yang lebih baik.

Takziah dan btabah di atas segala dugaan yg diterima...😢😢😢