2 Các câu trả lời

Ini pendapat saya je. selepas baca banyak tentang walker ni saya terus tak nak bagi anak saya guna walker sebab banyak bahayanya walaupun orang cakap “alah budak dulu elok je”. Ye, Alhamdulillah Allah lindung dan dulu kita pun tak tau. Bila dah dapat ilmu ni prevention is better than cure. Dah beberapa negara banned kegunaan walker ni lagi lah buat saya risau nak guna. Hari tu pun di televisyen TV 3 (program apa saya tak nak sebut bagi menghormati keluarga) , anak dia jatuh dari walker dan alami kecacatan otak. Allahuakbar minta dijauhkan. Apa pun ini hanya pendapat saya dan sekadar berkongsi 😊

Indeed. Saya pun sama macam awak. Bila orang2 pertikaikan we stand with our principle. So lama2 orang pun senyap dan faham sebab kita bertegas.

hehe sama je dgn mil saya belikan walker time baby saya 6m. tapi saya naikkan je cuma kadang kadang jela. nurse ada cakap kat saya takut terskip merangkak nanti anak kalau naik walker. Alhamdulillah anak saya tak skip pun merangkak. duduk kejap kejap dalam tu boleh la jangan lama lama.

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan