5 Các câu trả lời

Daya confiuse jugak bab ni, saya tanya kk biasa saya check up, die kata boleh je cuma nanti masa da turun tanda bawak je buku pink ni pergi kamar bersalin hospital yang kita nak bersalin, lepas tu lepas je kita bersalin minta tolong husband bawak buku pink kita pergi kk yang dekat kampung untuk lapor kelahiran, dan call klinik yang biasa kita check up bagi tahu yang kita da bersalin, nanti dorang akan rekod dekat buku hijau, kita bersalin dekat mana dan pantang dekat mana. Nanti da balik rumah sendiri, baru pergi klinik biasa kita check up macam biasa.

boleh je . saya beranak kt kampung. balik kampung masa seminggu lg nk beranak kot. saya kena serah diri 40 minggu ckup. sama la kan awak nk balik 39 minggu. nanti lg seminggu awak nk balik bgtau la nurse tnya mcm mna. mcm sy kna jgk checkup kt kmpg dan scan. ikutkan doktrr kt tmpt sy kna buat smua tu sblum brnk tp diorg mls rsnya 😅 sbb nurse kmpung tnya kenapa diorg tk buat je smua siap2 kan sng..

jangan ada yg jawab tak payah balik kampung pulak ek saya ni dah setahun tak jumpa ayah saya mesti lah rindu dah alang2 nak bersalin saya balik kampung sambil tengok ayah. suami asek tak nak balik kampung je, ni la alasan saya dapat balik kampung walaupun sekejap tak kejap sangat lah seminggu jugak dok sana sampai hubs habis cuti.

Sye due 29 dec, plan nk balik kampung di Kuantan on 22 dec (39week) tpi doc kk x bgi, katanya dh lewat sgt, tkot bersalin di highway. Then sye decide untuk balik 12 dec (38week). Sye dh inform kk Kapar (rumah skrg) tentang plan saya and kk kapar kata nnti dh smpai kampung, check up smbg kt kk kuantan je, smpai bersalin.

boleh ke tayah checkup kk kampung saya plan nak balik 3 hari sebelum due date? saya ikut hubs punya cuti. nanti pun kalau hubs punya cuti dah habis seminggu saya ikut balik rumah dalam keadaan pantang2 tu 😅 tolong jawab kan please

up nak tahu jugak

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan