Ipar, mertua, sama je perangai

Nak share, haritu sy bagitau biras pasal mertua nak jaga anak sy, masa tu biras cakap kat sy, takyah la bagi mertua jaga sebab mertua dah uzur tak larat nak layan baby kecik. Masa tu ingatkan biras tu backup sy la kan. Tetiba semalam masa husb pergi rumah mertua, mertua asek tanya, anak sy hantar mana kalau sy kerja nanti, husb cakap hantar pengasuh. Tapi mertua nak jugak jaga, mind u guys, kat rumah mertua yang umur 70+, ada anak 2 orang umur 40-50 macam tu, status oku. Mertua cakap dia tanya biras sy tu, biras sy lalang ye, dia lagi sokong mertua sy jaga anak sy, katanya boleh buat teman bosan bosan kat rumah. Adoiiii lesson learnt untuk sy. Lepasni sy dah taknak cerita apa apa masalah sy dengan orang luar selain husb. Tu satu, lagi satu hal biras sy tu dengan suaminya, dengan mertua sy sekali, 3orang ni, asek judge anak sy yang umur 3 bulan. Sikit sikit tanya anak dah pandai apa, compare la dengan anak dia yang dah 5 bulan pandai segala macam. Anak sy 3 bulan, mengiring pun belum, meniarap pun belum, normal la kan perkembangan setiap baby tu lain lain. Diorang serentak boleh cakap anak sy pemalas ya. Like suara kuat yang memang macam marah betul anak sy sebab malas, malas pusing badan, malas berdiri. Eyyyyy aku rasa nak sepak je 3 orang ni, sedap hati cakap anak aku macam tu. Pastu mertua ni pulak confirm la nak backup anak dia kan, mertua cakap eh husb sy ni masa kecik cepat je semua, ni mesti ikut maknya ni (sy la tu kan), malas betul. Ya Allah, sy ni dahlah yatim piatu takde mak ayah, sakitnya hati sy nak mengadu kat siapa. Husb side dengan sy, kitorang dah pakat, kalau orang cakap macam tu, kita diam je, pastu kita jangan pulak nak mengata anak dia kan, karang sentap pulak. Tapi bila sy berdua je dengan husb, memang masing masing lepas geram la kan orang cakap macam tu kat anak. Sampai masing masing buat anugerah 🤣. Anugerah anak terpaling cepat meniarap, anugerah anak terpaling cepat merangkak, semua anak dia tu bolot 🤣.

18 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

better awak jauh dr toxic kalo awk xnak sakit hati.. n better hantar pengasuh sbb pengasuh org luar.. kalo bg mertua jaga, mcm2 awk akn dgr masalah lps nie..

2y trước

mertua suka jaja cerita. kadang kita rasa kita dah sehabis baik, tapi ada je tak kena dengan dia.

better hantar pengasuh yg bertauliah, byk dah nursery yg berlesen skrg siap ada cctv kita blh pantau, hantar kat mertua kang mcm2 plak cerita

Sy pnh mcm ni tp dgn sepupu husband Blk rmh apalgi membawang jg lain kali xpyh ke rmh dia anak dialah terpaling segalanya 😅

Đọc thêm
2y trước

kan. suka suka je compare anak. patutnya dah ada anak ramai, confirm tau setiap baby lain lain milestones. yela kita ni anak first kan, diorang ingat kita bodoh tak reti apa apa 😪

Thành viên VIP

Sorry lah klu dah family jenis toxic mcm tu, memang takdelah kite nak bg jaga anak kite pulak, nnt hujung2 lagi bertambah masalah.

2y trước

masalahnya yang sy pelik sebelum ni mertua ada jaga cucu, lama jaga dari cucu tu kecik. ada dalam 4 orang. tetiba baru ni dah tak jaga cucu dah, sy tanya la ipar sy nape tak hantar anak dia, dia cakap anak dia yang smk boleh jaga, pastu kalau anak smk pergi sekolah, anak dia yang kecik 3 tahun ikut bapak pergi kerja. sy macam takkan la hari hari budak tu ikut bapak dia, sangat pelik ye sebab tetiba takde sebab dia tak hantar anak dia kat rumah mak dia sendiri

Thành viên VIP

Anta je pgasuh sis. Takyah susah kan org lain. Takut nanti mngata di kemudian hari.

2y trước

betul tu. lagipun sy kerja tak tentu, kadang balik lambat, weekend kerja, nanti ganggu mertua pulak kalau dia nak pergi kenduri ke, tidur rumah anak ke, berjalan ke.

ya Allah sama la . tiap tiap hari ye guys. sampai kadang hilang hormat .

2y trước

ye sis tiap kali jumpa memang sy dengar mertua cakap anak sy malas 😪😪😪😪

syukur husband di side puan.. kalau tak mau lagi stress yaa🤭🤭

2y trước

alhamdulillah. hahahaha dia pun geram dengan perangai adik beradik dia. geram dengan maknya jugak tapi nak buat macam mana, tu mak.

biarkan depa tu..menyemak hidup je