Nak luahkan perasaan.. Baby saya baru 1 bulan 3 hari. Sejak 2 minggu lepas, baby kerap menangis biasanya 9malam ke atas.
Jika dia menangis, dia tak mahu sy susukan dia, lagi saya pujuk lagi kuat tangisan. Jika kakak ipar yg pujuk dia tenang sikit. Bila beri semula pd saya baby menangis semula.
Saya stress, rasa gagal je jadi ibu 😭 Mak mertua siap cadang tinggalkan je baby kat kg lepas habis pantang. Ini baby pertama saya, takkan saya nak berpisah dengan baby.
Berubat kg pun dah cuba. Baby tetap menangis. Saya tertekan sangat 😭