First baby due bila?

Hi mummies, nak tanya… Bila first baby korang due? Makin dekat nak beranak ni nervous.

31 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya pn tahun lps baby first bersalin, hehe, sebelum dpt yg baby saya ni, sya gugur 2x, bila dah dekat bersalin kan mmg nervous tapi percaya la sis, kita dh dekat2 tu lagi la nk cepat2 bagi dia keluar. Saya tahun lepas dekat2 sangkut BP, lagi due 4 hari due, cek kat KK Bp tinggi, last2 naik ambulan, msa naik ambulans tu sehabis redha nak jadi apa, hehe, redha ja doc nk buat apa, kalau lagi pikir lagi takut. Lpas naik ambulans trus g PAC,tukar kain apa semua cek bukaan bru 1cm, 1cm pun hsbnd yg dri tngh meeting di perak trus pecut balik ke kedah pnya excited, ingt bini dia nk beranakkk. haha. Esok pagi tu sya induce ubat first, dri pkl 8 pgi, pkl 2 ptg dh 4 cm, trus booking LB, tpi sya lmbat jugak, esok 5 pagi bru dpat tolak, msa kat LB 5cm bru, lmbat pulak bukaan lps tu, trus kena pecah ketuban. hehe, msa ni nk jadi apa jadi laa, hee, last2 9cm doc srh teran x boleh bukan x dak tenaga, tapi kepala baby msih tggi, trus kelam kabut tolak OT, tapi sblum tu kat labour room dh 12 jam ya, bby pun fetal dsresst dh, msuk ot, doc blh perut tapi msih rasa, mngelupur badan, n terpaksa full bius, msa nk full bius tu, sorg suruh mngucap la, sorg suruh bertenang la, masa tu x pikir dah nk jdi apa kat diri kita, pikir jnji baby selamat, Allahu, msa srh mngucap tu, rasa hidup dgn mati ja, hehe, msuk blik bdh dkt pkl 6 ptg, bby lahir 6.16, sedar lps bedah 8.30 mlm. Hehe, Alhamdullilah selamat semuanya,cuma x dpat tngk baby fresh2, baby dh kena tolak wad nicu, lgi pun sya ada GBS, dorg pntau 24jam.

Đọc thêm
8mo trước

mcm kenalan sye . da nak bersalin Bru thu Ade gbs . sye pun pstve gbs anak kedua ni . gatal teruk.. doctor pun da pesan awal2 , leps bersalin diorg akan pantau baby 24jam . kalau x demam ok lah . and akan Masuk kn pil yg msuk Dari vagina seblom bersalin . moga mak2 yg hadap gbs ni , mahu ape pun keadaan , di permudahkn urusan bersalin . aamiin

Due first baby sy lagi 4hari nak tarikh jangkaan baby keluar(39m3hari). sy bersalin czer yg pertama. msa ank pertama xde pengalaman kan, dari awal kandungan sampai la nak bersalin asik duk fikir takuk nk bersalin sbb saya alah dengan hal² perubatan. jarum ubat apa semuakn. tu sebab takuk yg teramat. bila kna czer xpenah terbayang akan laluinya. tapi saya positifkan diri berpantang. strugle waktu berpantang sbb xreti apa² dan paling penting berjaga malam. mengantuk yang teramat sekali. pegi kerja pun pusing² kepala anak xtido malam😅. ni anak kedua, alhamdulillah dpt bersalin normal tapi lebih due 2hari (40m2hari). sedikit sebanyak dah boleh urus anak tanpa bantuan orang tua terutama waktu malam. yg penting kena sabar dan sentiasa positif. Susukan anak dengan kerap dan plessss tenung la anak lama² dari dia merah lagi sbb nanti bila dia dh besar skit akan rindu dan tertanya-tanya masa awal² lahir dlu macam mna ye keadaan kulit, jari, mata, kaki rambut apa semua. hahaha 🤣 sy xdpt nak ingat mcm mna anak pertama dlu sbb asik duk pikir mengantuk jer. bila anak kedua ni asik² tilik dan peluk cium sbb tnak menyesal mcm dlu🤭. jg makan dan kesihatan ye semasa dalam pantang. selamat berjuang Sis.. Moga dipermudahkan urusan Aamiin 🌸

Đọc thêm

due 2.3 bersalin 25.2😆😆 kluar tanda cecair + darah tpi x da contractions. 24.2 msuk wad sbab ketuban dah pecah tpi contractions masi xda, esok pagi (25.2) Dr bgi induce ubat (7am) lpas induce sy baring kat katil mnyesal pula x sarapan masatu🤣10am Dr dtg balik cek dah 3cm terus msuk LR masani contractions pun blm bbrpa rasa sgt, sbab ank first ingtkn mngkn ptg tu dah bersalin. Husb pnyala excited tnggu kat luar LR dri pagi ke mlm (10pm) blm lg ada bukaan still 3cm, Husb bgtau masatu dy ngtuk+lapar sgt yelaa dri pagi tnggu x kemana2🤣🤣8pm tu Dr cek bukaan masi 3cm, gerakan baby masi oky Dr nak srh tnggu lg smpai esok tpi x bole jga risau ada jangkitn, masa dgr Dr ckp gini sy rasa mcm nak mati da xkn nak tnggu esok lg dah laa masatu sakit contractions dtg 5mnit sekali😆masatu jga Dr book bilik bedah, patutnya 8lebih tu dah msuk bilik bedah tpi Dr dahulukn ibu yg babynya lemas. 10pm msuk bilik bedah masani tkut sgt, husb tnggu kat luar je bgi smngt. Cucuk epidural x rasa sgt, masa kena potong pun x rasa cuma rasa masa Dr tekan2 perut nak kluarkn baby, syukur 10:22 baby selamt kluar. Kat bilik bedah sjuk sgt bibir pun ketar ketir, masa Dr ccuk ubat muka kita akn rasa gatal ye nak garu ssh 😆

Đọc thêm

edd: 29.8 tp bby kua awal 18.8. (38w 4d). pagi tu ada rasa mild contractions tp boleh masak breakfast, pegi checkup kk, tido. ptg tu ckp kt somie, kite g check nk x kt hospital sbb mlas nk kalut kalau tibe2 nk beranak malam2😆. pegi hospital, bukaan da 2cm tp warded sbb air ketuban x capai level normal mereka. tgh mlm tu strt layan contractions yg mkin sakit. kui 7 pagi Dr check bukàan 3 cm. lepas sy taw progress dia 3 cm, sedih gile sbb punye la sakit malam td x tido sbb every 10 mins contractions. sy jalan pegi pantry ward untuk buat air. nk balik katil tu sakittt betul. sy paksa nurse seluk check balik kui 8 tu. nurse tazkirah pulek suh amek ubat tahan sakit sbb dia kate "kalau 3cm x tahan, mcm ne nk hadap yg 678910cm." sy balas "tak skrng ji blh x nurse seluk jela. sy rse klo sy berak ni x kua taik, kua kepala". dia seluk je muke dia berubah dan dia panggil sister untuk check. dia ckp "kite kne tolak msok lb sekarang puan. sy dah rse kepala dan dah 8cm" msok lb kui 9pagi, 9.48pg alhamdulillah settle beranak. kui 12 naik ward balik. itu la yg jadi kt sy

Đọc thêm

Saya bersalin normal dengan epidural 38 weeks. Kalau ambil epidural, hanya tahan sakit contraction beberapa jam. Sebelum meneran, nurse akan sumbat ubat buang air besar supaya buang air besar sebelum bersalin. Masa meneran dah tak rasa apa dah, ikut arahan nurse dan doktor utk push. Push tu mcm tengah kat tandas buang air besar, tolak saja. Lepas bersalin, ada ambil ubat cair tahi dan painkiller utk 1 minggu. Bila baby dah keluar, kena berjaga malam susukan anak setiap beberapa jam. Mcm langsung tak tidur. Kena rajin susukan anak/ pam, kalau tak bengkak susu. Saya demam 3 hari sebab bengkak susu. Kalau sis kerja, lepas balik kerja, malam tak berapa tidur, pagi kena kerja. Sis akan dlm survival mode sampai anak dah mula sleep through the night. Ada anak org, 6 bulan dah start solid, boleh sleep through the night. Anak saya lepas setahun baru sleep through the night. Saya tak expect penat sgt jaga sorang baby. Saya harap sis cari strong support system (suami, keluarga, kawan) dan mental kena strong sgt2.

Đọc thêm

due 12.12.23, baby girl keluar 14.11.23. keluar betul betul genap 36w. real contraction tiba tiba mai awal time 35w4d. tiba tiba perut mengeras je 2 hari straight. time tu sempat lagi drive perak to kl 😆 pi hospital check sekali real contraction. warded 3 hari, sehari buka jalan 1cm, second day buka lagi 1cm, hari ketiga air ketuban pecah 5cm terus push keluar baby secara normal alhamdulillah. even prem 36w but baby semua ok. after gugur 2022, dapat baby 2023 is the best gift and the best experience ever for me 🥰 for mommies yang menanti due semoga dipermudahkan urusan. for the first time mommies, jangan takut and enjoy the journey. doa yang baik baik. baby akan keluar bila dah sampai waktu untuk dia keluar. may Allah ease everything 💗

Đọc thêm
Influencer của TAP

Saya first baby bersalin 39w4d… pagi turun setitik darah fresh, tengahari baru kluar mucos plug + darah. 3pm pg hospital check ctg xde contraction so balik tp tak balik pun saje pg mall konon nak cepatkam bukaan. Tup2 kul 9pm pecah ketuban dlam mall. Pastu 9:30pm smpai spital check ctg ade mild contraction je. 10pm check bukaan 4cm. Buat skit exercise and jlan2 dlam labor room tu, kul 1:30am bukaan dah 9cm. Contraction hanya rasa sakit tu 40 minit sblum bersalin. Tepat 1:57am baby kluar. Bersalin normal 3x push.

Đọc thêm

last year🤭. due 15/11, tp bby keluo 28/10. 37w 5d. full induce, prostin,belon, and drip. mmg nk dia klr bln10. sbb sekali bfday parents dia and anniversary. 🤭🤭 25/10 serah diri sbb preeclampsia (drh tggi). sy pun hrtu nervous sgt, smpai xnk dtg serah diri tarikh tu😂😂. yelaa,kita nya bru umo 21 takut2 lgi. tp bila dh dlm labour room tu x tkut or nervous, hnya rsa sakit dn nak bby keluar sihat dn selamat. tp bukaan lmbat dh kena czer .🫢

Đọc thêm

first baby lahir 39w4d. kul 3 pg start rasa contraction, dlm 10.30 pg air ketuban pecah terus pegi hospital. bukaan dah 5cm. masuk wad jap nurse bg lunch, tunggu rasa cam nk terberak tu gitau dorang then masuk LR. kul 2.58ptg selamat bersalin. sekarang nervous nak bersalin baby kedua. due 21/4 tp baby agak besar n dah sakit pinggang nak bawak perut 🤣

Đọc thêm

last baby kot.. bersalin 7.3.24 39w.. ikutkan esok nyer tu nk kena serah diri dah sbb dah nk due tp alhamdulillah baby nk keluar cepat.. paling cepat bersalin dr ank2 yg lain sampai hospital 3.55pg cek bukaan dah 6cm padahal gap sakit 10 minit sekali terus masuk LR jam 4pg then 4.02pg bersalin syukur sangat2 padahal sblum tu mmg nervous takut semua ada

Đọc thêm