Ikut baby juga sis sebab baby saya malam Alhamdulillah tidur lena, nak2 subuh tu baru dia bangun. Baby 20 hari. Kalau siang dia tidur kejap2 ja sebab bising so dia mudah terkejut.
Cara sy buat rutin sama setiap hari, jam 9 malam mmg dah start tidurkan baby. Bilik mesti gelap, suasana pun sunyi, nak bagi baby faham ini waktu malam untuk tidur. Kalau siang mmg sy tak kisah org bising supaya baby faham waktu siang. Ini cara sy buat Alhamdulillah anak2 sy belum ada masalah tidur malam.
Semoga dipermudahkan ya sis