Hi awak..mgkin baby awak tengah dlm fasa nursing strike
Situasi bayi mogok menyusu atau dikenali sebagai NURSING STRIKE berbeza dengan keadaan bayi yang putus menyusu atau berhenti menyusu.
➡️ Mogok menyusu adalah keadaan bayi menolak disusukan ketika ibu tidak mengambil apa-apa langkah memberhentikan penyusuan.
➡️ Kebiasaannya, keadaan ini boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari. Tapi kadang kala ada juga situasi yang membuatkan tempoh bayi mogok susu menjangkau sehingga masa seminggu ataupun lebih.
➡️ Bayi yang dalam keadaan mogok menyusu biasanya menolak untuk disusukan secara drastik walaupun sebelumnya menyusu tanpa masalah.
➡️ Bayi akan kelihatan marah atau tidak selesa apabila berada di payudara ibu seperti ada sesuatu yang mengganggu proses penyusuan bayi itu.
➡️ Bagi sesetengah situasi, bayi hanya akan menerima payudara sekiranya berada dalam keadaan mengantuk atau mamai.
➡️ Mogok menyusu mungkin terjadi disebabkan oleh bayi berasa tidak selesa kerana jangkitan telinga, luka di dalam mulut, hidung tersumbat ataupun kerana bayi mula tumbuh gigi dan gusinya berasa tidak selesa.
➡️ Faktor dari ibu juga mungkin menjadi salah satu penyebab bayi mogok menyusu. Situasi di mana ibu menukar bau-bauan seperti minyak wangi, sabun ataupun losyen. Perubahan itu menganggu bayi yang sudah biasa dengan ‘bau’ ibunya.
➡️ Ataupun juga punca dari bayi berasa tidak suka dengan perubahan rasa susu ibu kerana ubatan atau makanan yang diambil oleh ibu-ibu.
➡️ Kadang kala, tiada sebab yang dapat dikenal pasti yang membuatkan bayi mogok menyusu.
💁🏻♀️Tapi ibu-ibu elak berasa tertekan atau kecewa apabila bayi mogok menyusu.
🤱🏻Ibu boleh cuba banyakkan masa bersama bayi dengan melakukan sentuhan skin to skin untuk memujuk bayi kembali menyusu di payudara ibu.
🤱🏻Aktiviti seperti mandi bersama-sama dan berjalan-jalan bersama bayi di dalam sling juga membantu dalam hal bayi mogok menyusu ini. Ibu juga boleh kerapkan beri belaian dan pelukan kepada bayi.
✅ Selagi bayi aktif, sihat dan menunjukkan tanda-tanda cukup susu, ibu tak perlu terlalu risau dengan keadaan bayi yang mogok susu ni.
✅ Bayi akan kembali normal selepas beberapa hari. Teruskan melakukan sesi perahan untuk maintain supply dan demand bayi.
❓Sekiranya masalah mogok menyusu berlaku dalam tempoh yang lama dan ibu tidak dapat kenal pasti puncanya, dapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Joanna