Ibu yang mahu start bekerja semula

Hi mommy yang berpengalaman disini. Saya ada soalan & sorry ye kalau ayat saya berterabur. Saya ibu kepada baby girl skng umur 1year and saya bercadang untuk start bekerja semula estimate lagi 2 bulan setelah setahun lebih tak bekerja. Sy resign dulu time baby dalam perut lagi atas faktor kesihatan n baby. Now kalau sy start kerja, saya risau untuk lepaskan dia dgn pengasuh sebab dia jenis tidur nak mengempeng dulu baru lena, sbb saya fully bf. And dia reject botol susu dah. Pastu menangis mcm kena pukul kalau tak dapat mengempeng tu..Lain2 takde masalah, sebab dia jenis tak takut dgn orang. Kalau saya takde pun, dia okay je asalkan ada yang main dgn dia. Cuma part menyusu dan nak tidur tu je masalah utama memandangkan dia dah besar n dah pandai mcm2. Ada tak yang pengalaman mcmni? Mcm mana mommy handle ya? Thanks in advance. Sorry I am #firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sy pun ada masalah yg sama tapi anak sy baru 5 bulan. Sy try jugak ajar dia botol. Dia minum walaupun tak pandai hisap mcm mana dia hisap puting breast. Mula2 dia marah dan menangis masa mula2 nak bagi botol. Sy cuba bagi susu pakai sudu, pakai cawan, then sy cuba balik bagi pakai botol. Cuma sekarang ni risau kalau dia minum pakai botol, dia cuma akan minum 2 oz je. Takut nanti tinggal kat pengasuh jd tak cukup susu sebab minum sikit je. Cuba puan suruh suami atau org lain yg kenalkan botol kat dia. Kalau ibu yg bagi botol, dia ada bau susu jadi anak memang akan reject botol terus sebab dia tau ibu dia ada susu boleh dpt direct. Kena jauh daripada anak contoh keluar dari rumah masa org lain bagi botol kat anak. Boleh jugak cuba main2 dgn anak sebelum bagi botol supaya dia tak stress mcm kena paksa minum pakai botol. Cuba bagi minum waktu anak mengantok atau waktu dia baru bgn tido tgh mamai tu

Đọc thêm