Luahan saya🥹

Hi mommy semua. Saya dah masuk 7bulan. Alahan masih ada sampai sekarang. Normally kita dengar sampai 4bulan je kan. Masa dalam 4bulan tuh. Saya turun naik hospital. Takboleh terima makan apa langsung. Kencing kotor sampai 4keton. Masuk air sampai berbag bag. Lebih dari 10. Bau apa apa tumis masak semuaa memang takboleh. Masuk trimester kedua alhamdulillah. Semakin okay. Tapi alahan saya muntah muntah masih ada. Pergi klinik. Sampai nurse yang guide cakap "awak takboleh makan luar" Awak sensitif. So kuatkan diri masak sendiri. Pagi pagi taktahu nak makan apaa semuaa reject. Apa yang saya buat minum air masak lepastuh alas perut makan jambu. Jambu jelaa makanan saya sebelum and selepas makan. Bagus untuk zat besi. And lepastuh pagi pagi dah start fikir nak makan apa. Risau kan anak dalam kandungan. So ikhtiar jugak. Tapi itulaaa, Makan roti potong muntah. Makan nasi lemak muntah. Minum susu lagi muntah. Minum milo atau apa muntah. Makan yogurt muntah. Makan apa apa je waktu pagi mesti reject. And yang paling mencabar kena masak sendiri waktu pregnant ni. Lagi lagi pagi dah muntah lepastuh kena kuatkan diri masak sendiri waktu tengahari tuh. Kadang kadang tengok mommy lain yang preggy makan luar seronoknyaa. Saya ni takboleh makan luar langsung dan tak terima apa apa mengidam pun. Kalau makan luar terus muntah muntah. Muntah tuh keluar semuaa ya. Dan setiap kali muntah mesti badan dah lemah. And perlukan tidur sekejap lepastuh baru boleh makan nasi. Mungkin dugaan masing masingkan. Sayaa terima seadanya. Doakan saya kuat yeee dan kandungan saya sihat. Semoga mommy diluar sana pun kuat. #firstmom

1 Các câu trả lời

Sy sampai bersalin pun masih muntah2 lagi. Berat x pernah naik. Asal makan je muntah. Tp sy x kisah sy tetap makan juga apa2. Walaupun sy tahu sy akan muntah tp sy makan juga untuk tenaga. Tri 1, berat langsung x naik, makin turun adalah. Tri 2, berat naik sikit, adalah selera nk makan, tp skjap je, asal masuk minggu awal, yg tu je boleh makan, dekat2 nk akhir minggu tu duduk lah dlm toilet muntah2. Sy bekerja. Rupa dah mcm apa ntah sbb asyik muntah2 je. Sy x boleh makan masakan sy sendiri. Mmg x lalu. Sy beli je makanan luar janji sy boleh makan. Sy tetap paksa diri mkn walau mcm mana skali pun, walaupun sy tahu lpastu sy akan muntah. Dgn pedih ulu hati , bdn berangin semua dah rasa. Dekat nk hujung2 bersalin tu, sy hanya boleh terima mihun sup dan mkn sebelum pukul 8mlm untuk elakkan pedih ulu hati. Bersabar lah mommy. X lama lgi tu dah nk due. Awak kena pelbagaikan makanan n tgk yg mana boleh masuk tekak. Semoga awak terus kuat dan tabah ye.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan