HOSPITAL TANJUNG KARANG
Hi mommy semua, nak tanya ada sesiapa yang boleh share experience tak bersalin dekat HTK?🥹

Awak nak bersalin HTK ke HTAR tu? HTAR recommended sebab ramai pakar & memang kompleks ibu & bayi (bangunan khas ibu bersalin). Kelengkapan & pakar memang lagi padu di HTAR. Saya bersalin di HTAR tahun 2023. Rasa macam kat swasta jugak. Walaupun takde la 100% rasa macam kat swasta. Tapi dari sebelum, semasa & selepas bersalin, semuanya alhamdulillah tenang saja. Saya duduk hospital 2 hari sebelum bersalin & 5 hari selepas bersalin. Cuma kita akan jumpa dengan macam macam perangai ibu kat hospital. Yang datang dengan pelbagai sangkaan dan sebagainya. Misi semua okay je kalau kita dengar cakap. Kalau kita pun naik kepala, bukan misi je tak suka kita, orang katil sebelah pun geram dengan kita. Haha panjang pengalaman saya kat HTAR & sampai sekarang saya masih ingat semua tu. Saya boleh kata seronok la bersalin kat sana. Memang lebih baik HTAR dari HTK. Walaupun saya duduk kat Jeram. Haha k tu je. Bai.😆
Đọc thêm